seismik

[VIDEO] Acah Konon Berani, Sekali Melompat Atas Rak Terus Bila Kucing Datang Dekat. Lawak!

Dia punya takut tu, kelakarlah.

Cover image via @_abgcik_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai haiwan peliharaan sememangnya dapat menghilangkan rasa bosan kita ketika bersendiri

Iyalah, dengan adanya haiwan peliharaan ini sekurang-kurangnya adalah peneman untuk kita bermain betul tak? Tetapi, tidak semua orang memilih untuk mempunyai haiwan peliharaan atas sebab-sebab tertentu.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki yang takut dengan kucing sehingga melompat telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Melompat atas rak sebab nak elak dari kucing

Menerusi video tersebut, ia memaparkan rakaman CCTV yang memperlihatkan seorang lelaki sedang berada di salah sebuah gudang bersama dengan seekor kucing.

Dia pada mulanya kelihatan seperti berani dan mahu menakutkan kucing itu, tetapi apa yang lebih mencuri tumpuan adalah kucing itu kemudiannya terus meluru ke arahnya membuatkan lelaki itu panik dan terus berlari ke arah rakan-rakannya.

Tidak sampai di situ, kucing itu juga kelihatan terus mengganggunya sehingga membuatkan dia terpaksa melompat ke atas rak kerana ketakutan.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@_abgcik_

Balas kepada @sekutmarrie sebab tu laa saya lari, tak kacau dia pon, dia yang kacau kita ##fyp ##malaysia ##indonesia ##ahmantap ##capcut ##lawakkucing

Bilang Pa Mama Mantu - Nusantarahouse
@_abgcik_

Balas kepada @hrcollection08 sorry video pendek sikit, sebab time ni semua pakat larinanti ada part selanjutnya ye ##fyp ##malaysia ##lawakkucing ##fyp

оригинальный звук - тэвин

*"Garang betul cuba check dia kucing ke bukan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 60.3K likes dan 2,088 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Aduhai, lawak lah bang. Tapi apasal kucing tu garang sangat :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: