seismik

[VIDEO] Member Kantoi Tak Tutup Mic Beli Aiskrim Masa Kelas, Siap Dengar Lagu 'Mat Kool'

Aduh, malu ya!

Cover image via @adulenn (TikTok) & Mommy Fler

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kes Covid-19 di dalam negara dilihat masih belum reda dan kita perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling

Walaupun banyak sektor yang sudah mula dibenarkan beroperasi seperti biasa, kita perlulah sentiasa mematuhi operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan jangan ambil mudah.

Namun, masih banyak perkara yang perlu dilakukan secara online buat masa sekarang sebagai contohnya adalah kelas pengajian tinggi.

Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pelajar kantoi membeli aiskrim semasa kelas online telah menghiburkan hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@adulenn

terima kasih menceriakan kelas petang

original sound - Alen

Tak perasan terbuka mikrofon masa kelas sampai habis beli aiskrim

Menerusi video dari @adulenn, kelihatan ketika itu sedang berlangsungnya kelas yang diadakan secara dalam talian saja.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah sedang asyik semua fokus di dalam kelas tersebut, tiba-tiba salah seorang rakannya terlupa untuk menutup mikrofonnya ketika membeli aiskrim.

Lebih kelakar lagi kedengaran lagu aiskrim popular Mat Kool dan dia sempat bercakap "bye" kepada penjual aiskrim tersebut. Situasi itu membuatkan lecturernya tergelak dengan memberitahu "Adoi, kantoi habis".

Malah, dia tidak menyedari situasi itu sehinggalah habis membeli aiskrim tersebut. Dia akhirnya mendapat tahu daripada rakan-rakannya yang menghantar mesej.

Lihat video penuh sambungan di bawah:

"Siapa je yang tak happy bila ice cream Mat Kool datang" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat rakannya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 790.1K views, 114.5K likes dan 1,035 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, lawaklah. Boleh pula kantoi tu! Kan dah malu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: