seismik

[VIDEO] Syok Tidur Masa Kelas Online, Sekali Terkejut Tengok 'Pocong' Pula Yang Muncul

Terus terkejut bila tengok telefon.

Cover image via @Brunzos1 (Twitter)

Umum sedia maklum disebabkan wabak Covid-19 yang merebak di negara, kerajaan terpaksa melakukan beberapa langkah untuk memastikan penularan ini dapat diputuskan

Oleh itu, ada premis perniagaan yang sebelum ini beroperasi perlu ditutup buat sementara waktu. Ada pula yang dihadkan waktunya, dan ada juga yang terpaksa 'gulung tikar' kerana tidak dapat menanggung kos kerugian yang amat besar.

Hal ini juga termasuklah buat pelajar-pelajar daripada pelbagai peringkat. Mereka harus menjalani kelas secara dalam talian saja untuk langkah yang lebih selamat.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila gelagat seorang remaja lelaki sedang tidur semasa kelas mencuri tumpuan ramai.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Free Malaysia Today

Lena tidur masa kelas online siap berbantal masa lecturer bagi penerangan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang remaja lelaki sedang asyik tidur lena semasa kelas sedang berlangsung.

Dia siap berbaring di atas katilnya dan meletakkan sebuah meja kecil bersama telefon miliknya untuk mendengar penerangan tersebut.

Kawan-kawan sengaja kenakan dengan meletakkan gambar pocong seram pada skrin telefon

Apa yang lebih melucukan adalah beberapa orang rakannya cuba mengenakan dirinya dengan meletakkan gambar hantu pocong pada skrin telefon tersebut semasa dia sedang tidur.

Sebaik saja remaja berkenaan bangun, dia terus memberikan reaksi terkejut kerana melihat gambar berkenaan. Insiden itu membuatkan kesemua rakannya turut ketawa melihatnya.

Lihat video penuh ini di bawah:

"Tak zoom pun dah macam tu, kalau tak zoom silap-silap trauma member" - Netizen

Susulan daripada kejadian itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet terhibur melihat gelagat remaja berkenaan yang terkejut melihat gambar seram di telefonnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 103.8K views, 4.8K retweets dan 6.4K likes.

Berikut adalah antara komen-komen menarik warganet di Twitter:

Mahu tak terkejut bila tiba-tiba bangun ada gambar pocong dekat depan muka :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: