seismik

Orang Yahudi Ini Dakwa Suntikan Vaksin Covid-19 Boleh Ubah Lelaki Suka Kaum Sejenis

Macam tak logik je.

Cover image via The Star & Morocco World News

Umum mengetahui vaksin Covid-19 yang dibeli kerajaan Malaysia daripada syarikat Pfizer dan Astrazeneca telah diuji secara klinikal kepada puluhan ribu penerima sebelum masuk ke negara ini

Namun, sejak penemuan vaksin ini ramai pula golongan anti-vaksin muncul memberikan pendapat masing-masing mengenainya. Ia sedikit sebanyak telah memberikan pandangan yang buruk terhadap pemikiran masyarakat.

Seperti berita yang tular baru-baru ini di media sosial apabila ketua agama Yahudi dikenali sebagai Rabai Daniel Asor iaitu seorang yang berpengaruh di Israel, telah menyeru orang ramai untuk tidak mengambil sebarang suntikan vaksin Covid-19 yang diperkenalkan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via India.com

Dakwa pengambilan vaksin Covid-19 boleh jadi homoseksual

Menerusi sumber, beliau memberitahu bahawa vaksin yang disuntik akan menyebabkan seseorang lelaki menjadi homoseksual.

Malah, media Israel, Jerusalem Post dan Israel Hayom melaporkan dakwaan Daniel bahawa fenomena Covid-19 adalah didalangi oleh pihak tertentu.

"Vaksin yang digunakan adalah dibuat daripada substrat embrio dan kami ada buktinya. Ia menyebabkan kecenderungan yang berlawanan" katanya.

Rabai Daniel Asor

Image via The Patriots Asia

Asor turut mengaitkan vaksin itu dengan sebuah teori konspirasi

Walau bagaimanapun, selepas mengaitkan vaksin boleh menyebabkan seseorang menjadi homoseksual, beliau turut mengaitkan pula dengan sedikit konspirasi yang berlaku.

Pandemik yang berlaku adalah sengaja direka oleh ‘kumpulan rahsia’ antarabangsa seperti Freemason, Illuminati dan pengasas Microsoft, Bill Gates.

Penyakit dan vaksin dihasilkan adalah bagi membentuk New World Order (NWO),” katanya
Setakat ini seramai 17,000 rakyat Israel telah menerima suntikan kedua vaksin itu dan tidak mempunyai kesan sampingan seperti yang dilaporkan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Zeebiz

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: