Selain 'Hand Sanitizer', Ini Antara 6 Barang Yang Jadi Rebutan Sejak Penularan Covid-19
Barang wajib ada!
Sejak berlakunya penularan wabak Covid-19 di negara kita pelbagai langkah baru diperkenalkan bagi mengekang wabak ini daripada berjangkit
Disebabkan itu, kerajaan juga telah mengambil langkah berjaga-jaga seperti melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Dengan mengamalkan gaya hidup dan norma baru, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk merebut pelbagai barangan keperluan mereka supaya tidak merasa boring ketika berada di rumah.
Berikut adalah 7 barang yang menjadi rebutan ramai sejak pandemik ini:
1. Hand sanitizer
Sudah tentu ini adalah barangan wajib dan paling penting pada waktu sebegini. Walaupun hand sanitizer telah diperkenalkan lama, tetapi ia bukanlah menjadi barangan keperluan sebelum pandemik ini melanda.
Kini, ia sudah menjadi barang yang wajib ada untuk memastikan diri kita terhindar daripada kuman dan kotoran di mana saja. Malah, ini adalah antara barang yang paling laris sejak berlakunya pandemik Covid-19.
2. Bahan memasak dan makanan
Ianya adalah barang keperluan yang mesti dibeli untuk sentiasa memastikan perut kita tidak lapar. Namun, sejak berlakunya pandemik ini barang-barang masakan sering kehabisan dengan sangat laju daripada sebelumnya.
Hal ini dipanggil 'panic buying' kerana mereka membeli sesuatu barang dengan kuantiti sangat banyak untuk seisi keluarga.
Ianya termasuklah seperti roti-roti, makanan ringan, minuman dan sebagainya.
3. Permainan papan
Oleh kerana terlalu lama duduk di rumah, pasti lama-kelamaan akan timbul rasa bosan. Antara salah satu cara menghilangkan kebosanan itu ialah dengan bermain permainan papan bersama ahli keluarga.
Jangan terkejut permainan papan juga merupakan pilihan ramai orang bagi mengisi masa lapang untuk menghilangkan kebosanan mereka. Jadi, tidak hairanlah jika stok permainan papan juga cepat habis.
4. Sabun cuci tangan
Bukan saja hand sanitizer, malah sabun pencuci tangan juga antara barangan yang laku keras kerana kita sering disarankan untuk mencuci tangan selepas menyentuh sesuatu ketika berada di luar.
Ianya adalah untuk mematikan kuman dan virus berbahaya daripada melekat pada telapak tangan kita.
5. Face mask
Face mask atau pelitup muka adalah barang yang amat diperlukan disaat ini. Dengan penggunaan face mask, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan jangkitan virus kepada seseorang.
Seiring dengan kehidupan norma baru ini, face mask sudah menjadi benda yang wajib dipakai semasa keluar ke tempat awam.
Face mask juga terdiri daripada pelbagai jenis kualiti dan fabrik. Malah, ada juga yang menjadikan face mask sebagai satu fesyen baru pada masa kini.
6. Tisu tandas
Tisu tandas adalah barang yang menjadi rebutan pada masa ini. Di sesetengah negara, ia seperti satu keperluan penting dalam rumah mereka.
Gara-gara pandemik, jualan tisu tandas terpaksa dihadkan oleh kerana ramai pelanggan yang membelinya dalam kuantiti yang banyak.
7. Air fryer
Alatan serba boleh ini memang sangat canggih dan mudah sekali untuk digunakan. Jika dilihat sekarang, hampir setiap rumah memiliki air fryer ini kerana ia mempunyai pelbagai fungsi.
Bukan saja memudahkan kerja memasak, tetapi makanan yang dimasak juga kini lebih berkhasiat kerana ia tidak memerlukan minyak untuk menggunakannya.
Patutlah cepat sangat barang-barang ni habis. Memang jadi rebutan lagi-lagi masa sekarang. Stay safe guys!