[VIDEO] Ramai Tak Sangka Yang Suami & Anak Afrika Ini Fasih Tutur 'Bahasa Melayu'. Salute!
Fasih je dia bercakap.
Perkahwinan campur dalam masyarakat kita hari ini bukanlah satu perkara yang asing lagi
Namun, ada kalanya mentaliti sesetengah orang yang memandang hina kepada perkahwinan campur ini menyebabkan ianya seperti satu masalah yang sangat besar untuk dihadapi.
Jika sudah tertulis bahawa dialah jodoh kita, maka kita seharusnya menerima ketentuan yang telah ditakdirkan.
Sama seperti pasangan viral di TikTok ini apabila si isteri cuba menyakat suaminya untuk bertutur dalam bahasa Melayu.
Isteri test suami Afrika cakap Melayu sebab dah duduk dekat Malaysia
Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Mamabib itu dilihat ingin mendengar percakapan bahasa Melayu suaminya itu setelah sudah lama tinggal di Malaysia.
Kelihatan wanita itu menguji suaminya dengan beberapa perkataan bahasa Inggeris untuk diterjemahkan kepada bahasa Melayu.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah kesemua perkataan yang diberi oleh wanita itu dapat dijawabnya dengan betul.
Rupa-rupanya anak sulung pun fasih berbahasa Melayu
Sementara itu, wanita yang mempunyai empat orang cahaya mata itu turut menguji kebolehan berbahasa Melayu anak sulungya.
Meskipun paras rupa mengikut genetik sebelah bapa, tetapi kanak-kanak itu sama sekali tidak kekok untuk berbahasa Melayu.
"Weh, fasihnya bahasa Melayu dia. Takda bunyi pelat sangat pun" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memuji kemahiran berbahasa Melayu suami dan anaknya itu.
Malah, ramai yang memberikan kata-kata positif buat pasangan tersebut dan terus menguasai bahasa Melayu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 197.5K views, 10.1K likes dan 215 comments.