seismik

Tak Hadir Kelas Online, Pelajar Ini Bagi Alasan Urus Kambing Beranak Siap 'Selfie' Lagi!

Dengan selfie sekali dia bagi.

Cover image via @cahhhhhhh_6 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Situasi pandemik di negara sekarang menyebabkan kita semua perlu bekerja dari rumah demi keselamatan masing-masing

Hal ini juga termasuklah bagi pelajar universiti yang terpaksa mengikuti kelas pengajian mereka secara online saja.

Sudah tentu banyak perkongsian yang kita lihat di media sosial tentang cabaran mereka menghadapi kelas online kerana pelbagai masalah yang timbul.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila alasan seorang pelajar memberitahu dia tidak dapat hadir kelas online telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@cahhhhhhh_6

korang pernah tak lecture korang mintak bukti kenapa tak tick attandence Agak ii kisah ni masuk fyp tak##studentlife ##odl ##uitm ##kambing

Oh No, Oh No, Oh No No No Song - Tik tok & Tendencias & Challenge

Beri alasan urus kambing beranak kepada lecturer sebab tak hadir kelas

Menerusi video tersebut, seorang pelajar telah berkongsi tentang alasan salah seorang rakan kelasnya yang tidak dapat hadir ke dalam kelas online.

Pensyarah mereka memberitahu di dalam group kelas mereka agar pelajar yang tidak hadir kelasnya itu untuk memberikan sebab dan alasan.

Namun, salah seorangnya menyatakan alasan tidak hadir kelas online berkenaan adalah kerana menguruskan kambingnya beranak. Melihat alasan itu, pensyarahnya seakan terkejut dan seperti tidak percaya dengan jawapan rakannya itu. Pensyarah itu kemudian meminta agar rakannya itu mengambil selfie bersama anak kambing tersebut sebagai bukti.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah rakan kelasnya itu betul-betul memberikan bukti selfie bersama anak kambing tersebut menunjukkan dia tidak tipu.

"Nasib tak menipu, kalau tak jenuh nak kena cari anak kambing" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan alasan pelajar tersebut. Malah, ramai yang memujinya kerana jujur dan tidak menipu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 443.4K views, 69K likes dan 1,862 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Jujur betul alasan dia, nasib tak menipu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: