seismik

[VIDEO] Pemuda Duet Dengan 'Lelaki Manja' Suruh Netizen Tidur Awal Ini Buat Ramai Terhibur

Berdekah weh!

Cover image via @farhanmzln (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan media sosial merupakan medium orang ramai berkongsi pelbagai video mereka

Ada yang sehingga berjaga malam dek kerana taksub dengan sosial media mereka terutamanya dalam kalangan remaja.

Namun, baru-baru ini viral di TikTok seorang remaja lelaki membuat video untuk meminta netizen supaya tidur awal telah membuatkan ramai terhibur.

Video tersebut turut mendapat perhatian seorang influencer lelaki yang kemudiannya edit video berkenaan di Twitter dan berduet dengannya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh asal itu di bawah:

Saja edit video untuk hiburan, ramai pula terhibur

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Paan itu mengubah video asal dengan berduet bersama remaja yang popular di TikTok buat masa ini.

Kelihatan dia menjawab segala pertanyaan yang ditanyakan oleh remaja berkenaan berserta dengan beberapa effect yang dibuat olehnya.

Malah, apa yang lebih menghiburkan adalah di akhir video dia seolah-olah seperti pengsan oleh kerana tembakan daripada remaja tersebut sambil suaranya berlatarbelakangkan video itu.

Lihat video penuh itu di bawah:

"Aku suka part kena hembus tu hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut. Malah, ramai yang mengatakan duetnya itu sememangnya menjadi dan sangat best untuk hiburan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 247.7K views, 15.8K retweets dan 18.5K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Memang terhibur betul lah tengok video bro ni :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik