seismik

Tular Video Air Berjaya Diputus Guna Pisau ‘Superhydrophobic’ Ini Buat Ramai Netizen Kagum

Wah hebatnya!

Cover image via @WElRDPHYSICS (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Peribahasa ialah satu susunan kata dalam bentuk kiasan yang mempunyai pengertian tersirat

Susunan kata-kata kiasan ini tercipta berdasarkan pengalaman kehidupan seharian oleh masyarakat dahulu. Antara peribahasa yang popular ialah ‘Air yang dicincang tidak akan putus’ bermaksud perselisihan faham antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akan berbaik semula.

Namun, lain pula dengan gambaran ini apabila tular di Twitter video eksperimen memotong air menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Air dicincang kini putus guna pisau superhydrophobic

Menerusi video tersebut, kelihatan eksperimen itu telah menggunakan pisau superhydrophobic yang menyebabkan air boleh dibelah dua.

Malah dilihat air itu boleh dibelah juga kepada beberapa bahagian hingga menjadi kecil. Menurut sumber, bahan seperti zinc dan polythylene telah digunakan untuk mencipta pisau berkenaan.

Ia juga telah disiapkan menggunakan prosedur dengan pemendapan galvenik tanpa elektrik yang sememangnya menakjubkan.

"Peribahasa 'Air dicincang tidak akan putus' is shaking" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum melihat eksperimen video tersebut yang kini telah berjaya memutuskan air.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 371.6K views, 2,207 retweets dan 6,104 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Memang terpegun dengan eksperimen ni, akhirnya air dicincang kini putus!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: