seismik

[VIDEO] Luang Waktu PKP Bersama, Wanita Ini Kongsi Aktiviti Menarik Boleh Main Dengan Anak

Menarik ni.

Cover image via @brgsjks (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memaksa kita untuk terus berada di rumah jika tiada urusan penting di luar

Ianya bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang kini telah merebak dalam komuniti kita. Malah, orang ramai perlu melakukan segala rutin harian mereka dari rumah saja.

Sudah tentu banyak waktu yang akan diluangkan bersama ahli keluarga dalam tempoh PKP ini. Contohnya melakukan pelbagai aktiviti menarik dengan anak.

Seperti video yang tular di Twitter ini apabila seorang wanita berkongsi antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kongsi aktiviti menarik untuk anak kecil

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan seorang wanita sedang bermain bersama anaknya dengan melakukan satu aktiviti menarik.

Dia dilihat menunjukkan sebuah bekas berisi air sambil memegang sudu besi dan marker pen. Kemudian dia melukis beberapa haiwan di atas sudu besi tersebut dengan marker pen.

Selepas melukisnya, dia merendamkan lukisan terbabit di dalam bekas berisi air itu dan hasilnya lukisan tadi kini telah berada di dalam air berkenaan.

"Yang dah besar pun excited" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja melihat aktiviti tersebut sehingga ada yang sampai leka melihat haiwan-haiwan itu terapung di dalam air.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 106.6K views, 2,788 retweets dan 5,038 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Macam best je main benda ni. Boleh hilang rasa bosan :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: