Gadis Ini Cuba Ikut Trend Kongsi Rutin Harian Sepanjang PKP, Reaksi Ayah Pula Paling Win
Muka ayah dia lawak betul.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah membuatkan kita semua mengisi pelbagai aktiviti menarik sebagai rutin harian kita
Ada yang mula belajar memasak, ada yang mula berjinak-jinak membuat bisnes dan sebagainya. Tidak dinafikan baru-baru ini banyak video mengenai perkongsian rutin harian sepanjang PKP yang kita boleh lihat di laman sosial.
Ia termasuk dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi rutin hariannya sepanjang PKP di depan si ayah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sengaja 'menipu' depan ayah nak tengok reaksi
Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang gadis bersama ayah mereka sedang merakam sebuah video perkongsian rutin harian sepanjang PKP.
Salah seorangnya kemudian berkongsi apa yang telah dilakukan dengan cuba 'menipu' sambil didengar oleh si ayah.
Perkongsian itu membuatkan si ayah terkejut mendengar seolah-olah seperti tahu anaknya itu sedang menipu dan memberikan reaksi melucukan. Ia membuatkan mereka semua ketawa melihat cara si ayah dengan selamba membocorkan rahsianya.
"He said nothing but his face tells everything hahaha" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat keluarga tersebut. Malah, ramai yang menganggap reaksi si ayah sangat spontan dan bersahaja ketika mendengarnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 540.6K views, 67.6K likes dan 3,152 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: