seismik

Pelajar 'Tipu' Kongsi Rutin Harian Untuk Video Assignment, Ibu Pula Pandang Tak Puas Hati

Amboi semua benda dia buat.

Cover image via @rotigardeniaa (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sejak kebelakangan ini ramai pelajar yang dilihat berkongsi video assignment mereka di sosial media

Ada juga yang sampai terpaksa 'menipu' dengan berkongsi rutin harian mereka bersama keluarga di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang pelajar lelaki merakam video assignment bersama ibunya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

'Tipu' buat kerja rumah sampai ibu pandang tak puas hati

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pelajar lelaki sedang bersama ibunya untuk merakam video assignment yang telah diberikan.

Difahamkan dia perlu berkongsi rutin hariannya sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini dengan aktiviti yang telah dilakukan.

Namun sepanjang tempoh rakaman video itu, pemuda berkenaan dilihat bercakap 'bohong' membuatkan si ibu memberi pandangan tidak puas hati dengan penerangannya itu.

Malah, mereka berdua dilihat ketawa kerana si ibu merasa kelakar dengan penipuan anaknya itu.

"Aku fokus dekat mak je weh, lawak" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat anak beranak itu. Malah, ada yang lebih fokus melihat reaksi si ibu kerana terkejut dengan penipuan anaknya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 151K views, 4,476 retweets dan 9,530 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Mak dia pun sabar jelah dengar penipuan anak dia tu ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: