[VIDEO] Pemuda Ajak Mak Ayah Buat Challenge Nyanyi Lagu Lady Gaga Ini Buat Ramai Terhibur
Sporting betul mak ayah dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
TikTok merupakan platform yang sangat besar dan menjadi kegilaan ramai pada masa kini
Bukan hanya disukai oleh golongan muda saja tetapi ia juga menjadi kegilaan dalam pelbagai lingkungan umur.
Aplikasi ini bukanlah tertumpu kepada hiburan semata-mata, malah ia juga boleh dijadikan pelbagai panduan video yang berguna.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki membuat challenge bersama ibu bapanya mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ajak mak ayah cuba challenge vokal lagu Lady Gaga
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda bersama ayah dan ibunya untuk melakukan satu challenge yang sangat popular di TikTok.
Di dalam challenge itu, mereka perlu menyanyi lagu popular iaitu Bad Romance dengan pelbagai nada suara.
Tetapi, apa yang lebih menghiburkan adalah sebaik saja cuma melakukan challenge berkenaan, ketiga-tiga mereka mengalami kesukaran untuk melakukannya sehingga menyebabkan mereka gagal menahan ketawa.
"Hahaha comel lah, bestnya happy family" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur melihat gelagat keluarga tersebut.
Malah, ramai yang memberikan pandangan masing-masing mengenai lirik yang cuba disampaikan oleh si ibu dan ayah lelaki itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 215.4K likes dan 9,375 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: