seismik

Petugas Kesihatan Ini Dedah Baju Yang Sesuai Dipakai Untuk Wanita Semasa Terima Vaksin

Take note okay girls!

Cover image via @azrulindahouse1 (TikTok) & Scientific American

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, kerajaan telah membuka beberapa slot untuk orang ramai menempah janji temu bagi suntikan vaksin

Walaupun masih ramai yang tidak sempat mendaftarkan diri mereka kerana slot telah penuh, tetapi penerimaan bagi suntikan vaksin ini amat memberangsangkan.

Disebabkan itu, kerajaan akan membuka lebih lagi untuk tempahan slot akan datang. Semuanya akan dikemas kini dari masa ke masa.

Namun, lain pula seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki mendedahkan baju apa yang perlu dipakai oleh wanita semasa mengambil vaksin mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@azrulindahouse1

Mudahkan kerja orang, orang mudahkan vaksinasi kita

original sound - Azrul Indahouse

Beritahu untuk mudahkan urusan orang lain semasa mengambil vaksin

Menerusi video tersebut, lelaki itu yang juga merupakan petugas kesihatan mendedahkan pakaian apa yang sesuai bagi wanita semasa ingin mengambil suntikan vaksin.

Hal ini kerana ramai wanita yang masih tidak tahu dan buntu pakaian sesuai apa yang perlu mereka pakai. Dalam video itu, dia menyarankan agar kaum wanita bukan Islam memakai baju lengan pendek.

Namun bagi yang Islam pula, dia menyarankan agar memakai baju lengan pendek juga tetapi bersama dengan memakai cardingan. Ianya kerana akan lebih memudahkan proses suntikan vaksin yang akan diambil nanti.

Malah, dia juga memberitahu jika tidak ingin memakai baju pendek bersama cardingan, anda juga boleh memakai pakaian yang longgar dan sopan kerana menurutnya di pusat vaksinasi tersebut tidak ramai petugas wanita.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Conversation

"Good info, thank you for sharing" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pujian kepada lelaki tersebut kerana berkongsi info yang berguna khususnya buat wanita.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka semasa mengambil vaksin dengan memakai pakaian yang diberitahu kerana ia lebih memudahkan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 178.8K views, 13.1K likes dan 331 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ingat ya girls datang nanti pakai pakaian yang sesuai dan memudahkan okay ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: