seismik

[VIDEO] Anak Seronok Menyanyi Dekat Belakang, Tapi Lirik Lagu Pula Bikin Ibu Geram

Alamak, terus besar mata ibu dia.

Cover image via @nabilah.ashikin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai kanak-kanak dalam rumah sememangnya boleh menghilangkan rasa bosan dan sunyi dalam keluarga

Tambahan lagi dengan telatah mereka yang semakin lama membesar dengan pelbagai ragam. Anak-anak merupakan amanah untuk kita supaya dapat mendidik mereka dengan perkara yang betul.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila gelagat seorang kanak-kanak lelaki membuat lip sync bersama ibunya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Buat lip sync sampai bahagian hujung ibu naik angin

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang bersama dengan dua orang anaknya di dalam sebuah kereta.

Kanak-kanak itu kemudian dilihat menyanyi sebuah lagu yang telah diubah suai dengan riangnya di bahagian tempat duduk belakang.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila dia menyanyikan bahagian akhir lirik lagu yang membuatkan si ibu terkejut lalu terus menoleh ke arah belakang dan ‘menghempuk’ anaknya.

"Seronok si ayah bila dengar ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak dan si ibu tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 46.8K likes dan 1,460 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alamak, berani ya kau dik menyanyi lagu tu. Kan dah kena tibai :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: