seismik

[VIDEO] Ibu Seronok Main Filter, Tapi Anak Pula Sampai Tercengang Tengok Muka Sendiri

Dia pun terkejut tengok ya.

Cover image via @ndibsy (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti anda pernah menggunakan filter untuk menaikkan seri wajah di media sosial bukan?

Filter mempunyai pelbagai rupa, ada yang akan membuat kita kelihatan begitu flawless, malah ada juga filter yang digunakan sekadar hiburan semata.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita khusyuk bermain filter bersama anaknya yang mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ndibsy

Tercengang tengong muka sendiri hahahahahahahahha

original sound - N Dibsy

Letak filter dekat muka anak sampai tercengang

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang bersama anak lelakinya sambil bermain filter yang ada di TikTok.

Namun, selepas itu dia cuba menggunakan filter tersebut kepada muka anak lelakinya itu untuk lihat bagaimana rupanya.

Tetapi, apa yang lebih menghiburkan adalah sebaik saja digunakan filter tersebut kepada muka anaknya, si anak pula tercengang seketika melihat wajah sendiri. Dia seolah terkejut melihat rupa terbabit. Memang lawak betul reaksi si kecil ini!

"Dia macam tak percaya dengan apa yang dia nampak" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi anaknya itu. Malah, ramai yang memuji kecomelannya yang kelihatan seperti blur melihat wajah sendiri.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 81.1K views,  17.3K likes dan 204 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lawaklah muka kau dik, sampai ternganga mulut ya terkejut :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: