[VIDEO] Bapa Ini Luah Rasa Marah Pada Orang Lain, Tapi Si Anak Pula Yang Terasa & Menangis
Orang lain yang dimarah, orang lain yang menangis ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Baru-baru ini kerajaan sekali lagi telah mengumumkan kembali perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 di beberapa buah negeri
Disebabkan itu, ada beberapa sektor yang perlu ditutup buat sementara waktu bagi mencegah wabak berbahaya itu daripada terus menular.
Malah, standard operation procedure (SOP) yang ketat juga akan dikenakan bagi sesiapa yang menlanggarnya. Tidak dinafikan, sesetengah rakyat agak marah dengan situasi tersebut kerana mereka berpendapat kawalan perintah pergerakan kali ini agak sedikit longgar.
Seperti luahan seorang lelaki ini apabila videonya tular di Twitter kerana tidak berpuas hati dengan situasi yang berlaku di negara sekarang mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Anak pula menangis ingat bapa sedang marah padanya
Menerusi video tersebut, kelihatan si bapa berada di dalam kereta bersama anak perempuannya sambil merakam video dan meluahkan rasa geramnya dengan situasi yang berlaku sekarang.
Si bapa kemudian memarahi dengan sepenuh hati dan mengatakan kenapa tidak memberi orang keluar sedangkan mall masih dibuka.
Namun, secara tiba-tiba si anak menangis kerana mendengar kemarahan bapanya itu. Mungkin kerana dia ingat bapanya itu sedang marah padanya. Mujur si bapa sempat memujuk anaknya dan memberitahu dia bukan marah pada anaknya itu tetapi kepada video.
"Sian budak tu hahaha dekah la" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pandangan mereka masing-masing mengenai video tersebut. Malah, ada juga yang terhibur melihat reaksi lelaki tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 156.6K views, 6,685 retweets dan 8,897 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter: