PRN Melaka Ke-16: 113 Inisiatif BN-PN, Apa Yang Ditawarkan Untuk Rakyat?

Daripada kos sara hidup hingga peluang pekerjaan, manifesto BN-PN bagi PRN Melaka Ke-16 menggariskan 113 inisiatif untuk memenuhi keperluan rakyat.

Cover ImageCover image via Expedia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka

Setiap bulan, ada sahaja perkara yang perlu difikirkan apabila melibatkan perbelanjaan. Harga barang dapur, bil utiliti, kos pendidikan anak-anak hinggalah impian memiliki rumah sendiri

Bagi sesetengah orang, mencari pendapatan tambahan juga sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian.

Namun, bagaimana pula dengan peluang pekerjaan yang lebih baik, sokongan untuk wanita membina kerjaya dan kebajikan pekerja gig yang bergantung pada pendapatan harian?

Hakikatnya, setiap kelompok masyarakat mempunyai keperluan tersendiri. Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, suara golongan B40, wanita dan pekerja e-hailing antara perspektif yang wajar diberi perhatian dalam membincangkan hala tuju pembangunan negeri.

Apa yang rakyat harapkan untuk masa depan Melaka?

SAYS.com
Image via Kosmo

Bagi golongan B40, kos sara hidup dan keperluan keluarga pastinya menjadi antara perkara utama yang perlu diuruskan setiap bulan.

Bantuan kewangan, kediaman yang selesa serta akses kepada kemudahan kesihatan boleh memberikan perbezaan besar kepada kehidupan mereka.

Dalam kalangan wanita pula, peluang mendapatkan pendidikan, mengikuti latihan kemahiran dan menjana pendapatan sendiri penting untuk membantu mereka membina kehidupan yang lebih stabil.

Sementara itu, pekerja e-hailing berdepan cabaran berbeza. Pendapatan yang tidak menentu, kos penyelenggaraan motosikal dan kebajikan ketika bekerja antara perkara yang memerlukan perhatian, terutama bagi mereka yang menjadikan pekerjaan gig sebagai sumber pendapatan utama.

Walaupun berbeza latar belakang, ketiga-tiga kelompok ini mempunyai harapan yang hampir sama iaitu mahu kehidupan lebih terjamin, peluang lebih luas dan sokongan yang benar-benar memberi manfaat.

113 inisiatif manifesto BN-PN, daripada kos sara hidup hingga perumahan

Mengambil kira pelbagai keperluan masyarakat, manifesto bersama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi PRN Melaka Ke-16 menerusi inisiatif BN Sayang Rakyat dan Muafakat Melaka menggariskan enam teras utama dengan keseluruhan 113 inisiatif.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, manifesto tersebut bukan sekadar janji, sebaliknya satu perancangan dan komitmen untuk memastikan kehidupan rakyat terus terbela serta masa depan negeri lebih terjamin.

Lebih menarik, tawaran yang digariskan turut dibahagikan mengikut tempoh pelaksanaan 100 hari, satu tahun dan lima tahun supaya setiap perancangan mempunyai sasaran masa yang jelas.

Antara inisiatif yang diketengahkan termasuk:

1. Ringankan beban perbelanjaan harian

Menerusi Program Jualan MeSRa, rakyat ditawarkan potongan harga 30% bagi ayam dan daging. Selain itu, kadar cukai tanah juga tidak akan dinaikkan selama lima tahun.

2. Lebih banyak peluang pendidikan dan pekerjaan

Melaka disasarkan menjadi hab Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), selain menyediakan tuisyen percuma untuk calon SPM dan STPM.

Dari sudut ekonomi, manifesto ini turut menyasarkan 25,000 peluang pekerjaan melalui pembukaan kawasan perindustrian baharu.

Geran permulaan perniagaan untuk usahawan muda dan bantuan dana khusus untuk peniaga kecil juga antara tawaran yang diketengahkan.

3. Sokongan untuk pekerja gig dan golongan memerlukan

Bagi pekerja p-hailing, terdapat cadangan bantuan penyelenggaraan motosikal untuk rakan penghantar.

Golongan yang memerlukan pula diberikan perhatian melalui bantuan lampin pakai buang untuk warga emas, susu bagi pesakit terlantar serta perkhidmatan ambulans percuma menerusi konsep satu PBT satu ambulans.

4. Kediaman lebih selesa dan kemudahan asas

Bagi membantu rakyat memiliki kediaman sendiri, manifesto ini menawarkan 25,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun.

Turut dicadangkan ialah pinjaman sehingga RM80,000 untuk membina rumah di atas tanah sendiri serta program baik pulih dan bina baharu rumah golongan B40 menerusi inisiatif Melaka Rumahku.

Selain itu, rakyat turut ditawarkan air percuma bagi penggunaan domestik sehingga 20 meter padu sebulan.

Masa depan negeri bermula dengan mendengar suara rakyat

Pembangunan sesebuah negeri bukan hanya diukur melalui bangunan baharu atau kawasan ekonomi yang semakin berkembang. Kesejahteraan rakyat, peluang untuk memperbaiki kehidupan dan kemudahan yang dapat dinikmati juga memainkan peranan penting.

Apa yang diperlukan sebuah keluarga B40 mungkin berbeza daripada wanita yang mahu mengembangkan kerjaya atau pekerja p-hailing yang mengharapkan pendapatan lebih stabil.

Namun, setiap suara dan aspirasi tersebut mempunyai tempat dalam perbincangan mengenai masa depan Melaka.

Akhirnya, perancangan yang baik bukan sekadar dilihat pada jumlah inisiatif yang diumumkan, tetapi juga bagaimana komitmen tersebut dapat dilaksanakan dan dirasai oleh masyarakat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS