[VIDEO] Lelaki Ini Sengaja Sakat Nak Hantar Anak Buah Ke Rumah Anak Yatim Undang Ketawa
Hahaha nasib korang lah ya dapat paksu macam tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi mereka yang mempunyai anak buah pasti akan menyayanginya seperti anak sendiri
Tambahan lagi jika itu adalah anak buah pertama anda. Dia punya teruja tu lain macam. Walaupun anda bukanlah seorang yang sukakan budak, tetapi percayalah jika mereka ialah anak buah anda pasti rasa itu akan menjadi lain.
Namun, lain pula dengan video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki yang sengaja menyakat anak buahnya telah menghiburkan hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sakat anak buah nak hantar mereka semua ke rumah anak yatim
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki bersama beberapa orang anak buahnya berada di dalam sebuah kereta.
Namun, selepas itu dia dengan sengaja menyakat anak buahnya dengan mengatakan dia ingin menghantar mereka ke rumah anak yatim.
Apa yang lebih menghiburkan adalah setelah dia memberitahu perkara itu, mereka semua terus menangis kerana tidak mahu dihantar ke sana. Malah, salah seorang daripada mereka dilihat menangis teruk sambil berkata "taknak" kepadanya.
"Serupa macam aku buli anak buah sendiri" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ada juga netizen yang berkongsi pengalaman sama mereka membuli anak buah masing-masing. Ada juga yang terhibur melihat gelagat kanak-kanak tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 6,422 views, 744 likes dan 102 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: