[VIDEO] Sahut Cabaran Guna Alat Simulator Senggugut, Reaksi Geng Lelaki Ini Menghiburkan
Semua tumpas.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebagai seorang wanita mempunyai rasa senggugut ketika datang bulan itu adalah perkara biasa bagi mereka
Mana tidaknya, setiap bulan mereka akan mengalami haid jadi mereka sudah bersiap sedia untuk merasai sakit senggugut itu.
Tetapi, setiap wanita berbeza-beza pengalaman mereka. Ada yang terlalu sakit sehingga tidak boleh melakukan apa-apa dan ada juga yang masih larat dan meneruskan aktiviti seharian mereka.
Baru-baru ini tular di laman Twitter mengenai satu video perkongsian yang menunjukkan sekumpulan lelaki menyahut cabaran untuk mencuba sendiri kesakitan rasa senggugut yang mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sampai seminit cuba ada yang dah tumpas
Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang lelaki menyahut cabaran untuk merasai sendiri bagaimana rasa sakit senggugut dengan memakai alat berkenaan di perut masing-masing.
Namun, semasa alat itu dihidupkan masing-masing seperti menahan kesakitan dan ada yang meminta agar alat itu dimatikan dengan segera. Ada juga yang sehingga rebah terjatuh disebabkan mengerang menahan sakit.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah, ada beberapa orang wanita juga turut mencuba menggunakan alat tersebut dan mereka langsung tidak mempunyai apa-apa reaksi kerana mungkin sudah terbiasa. Malah, mereka juga memberitahu bahawa senggugut sebenar adalah lebih sakit daripada ini.
"Every man should test this things out!" - Warganet
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenai video tersebut. Malah, ada juga yang menyarankan agar semua lelaki mencuba rasai sendiri agar mereka tahu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 5.4M views, 50.6K retweets dan 152.7K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter: