[VIDEO] Ayah Ajak ‘Gaduh' Suruh Bukakan Pagar, Tapi Loghat Si Anak Pula Bikin Ramai Geram
Alahai comelnya!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi pasangan yang sudah berkahwin, mempunyai anak kecil pasti dapat menghiburkan hati mereka
Mana tidaknya, gelagat dan telatah yang sentiasa mencuit hati ibu bapa sehinggakan kadang kala pening untuk melayan mereka.
Semakin mereka membesar semakin banyak yang ingin dipelajari oleh mereka. Disebabkan itu ibu bapa harus tabah melayan karenah mereka ini.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang budak perempuan bergaduh dengan si ayah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ayah sengaja sakat suruh buka pagar sampai anak berleter
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak perempuan yang dikenali sebagai Yaya sedang berada dalam kereta bersama si ayah.
Namun, sampai di depan pagar rumah, si ayah bertanya siapakah yang akan membuka pagar rumah dan lalu dia menyuruh Yaya untuk membukanya.
Tetapi, apa yang mencuri tumpuan adalah apabila jawapan comel Yaya yang membuatkan ramai cair melihatnya. Dia kemudian menjawab dalam loghat utara "Yaya penat kena minum ayaq nyok dulu".
Telatahnya itu membuatkan si ayah tergelak selepas mendengar jawapan tersebut. Lelaki itu juga turut menyakat dengan menyoal mengapakah dia berasa penat sedangkan dia hanya tidur saja.
"Perempuan bila hampir kalah senjata dia 'elleh' dan 'amboi' hahaha" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji Yaya kerana bijak dan pandai bercakap walaupun masih kecil. Malah, ramai juga yang terhibur melihat gelagat anak beranak ini.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 51.6K views, 9,564 likes dan 287 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: