[VIDEO] Gelagat Kanak-Kanak Ini Teruja Lihat Baby Dalam Perut Ibu Bergerak Buat Ramai Cair
Comel je tengok dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memiliki anak yang masih kecil memerlukan banyak tenaga kerana perlu melayan karenah mereka yang pelbagai ragam
Malah, semakin mereka membesar semakin banyak perkara yang mereka ingin pelajari dan bertanyakan kepada ibu bapa.
Bagi ibu bapa yang sedang hamil, tentunya pasti teruja untuk menantikan cahaya mata yang akan dilahirkan. Begitu juga dengan anak-anak!
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak begitu teruja selepas melihat baby bergerak di dalam perut ibunya yang sedang hamil mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Muka terkejut lepas rasa baby tendang perut ibu
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang memegang perut ibunya yang sedang hamil untuk merasa gerakan baby tersebut.
Dia kemudian memberikan reaksi terkejut selepas mendapati ada tendangan daripada perut ibunya itu dan memberitahu dia dapat merasakannya.
Apa yang lebih melucukan adalah dia siap menyuruh baby itu untuk meminta maaf kepada ibunya kerana menendang dan membuatkan si ibu sakit. Dia juga diarah untuk menggosok perut itu oleh ibunya. Comel sangat!
"She's gonna be the bestest big sister!" - Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memuji telatah comel kanak-kanak tersebut yang begitu teruja.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 14M views, 2.8M likes dan 18.2K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: