seismik

[VIDEO] Tak Puas Hati Tengok Peniaga, Budak Ini Siap Membebel Dalam Loghat Negeri Sembilan

Kena ulang banyak kali baru faham dia cakap.

Cover image via @senangterhibur (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Malaysia kaya dengan pelbagai budaya dan bangsa, malah setiap negeri di Malaysia juga mempunyai pelbagai loghat berbeza

Sudah pasti daripada percakapan seseorang itu kita boleh tahu dia berasal dari belah mana. Tambahan lagi jika yang berasal dari belah utara, memang pekat loghatnya.

Sama seperti video yang tular di Instagram baru-baru ini apabila loghat percakapan seorang budak perempuan ini yang sedang marah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Membebel sebab marah tengok peniaga gerai tepi jalan

Menerusi video tersebut, kelihatan budak perempuan itu sedang berada di dalam kereta sambil membebel.

Difahamkan budak perempuan itu merasa marah dengan seorang peniaga di sebuah gerai. Dia kemudian tidak berpuas hati melihat cara peniaga itu berniaga kerana seperti tidak menjaga makanannya di gerai itu.

Apa yang lebih menarik apabila dia siap membebel dalam loghat Negeri Sembilan selepas melihat kejadian berkenaan. Kedengaran loghatnya itu juga sangat pekat dan perlu diulang beberapa kali untuk memahaminya.

"Dah macam uwan-uwan membebel eii" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga turut terhibur melihat gelagat budak perempuan tersebut.

Malah, ada juga yang mengalami situasi sama apabila terpaksa ulang banyak kali untuk memahami apa yang dikatakan. Ada juga yang menyamakannya dengan bebelan nenek-nenek.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 79.2K views, 8,163 likes dan 191 comments di Instagram.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Marah betul ya kau dik bila tengok peniaga tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: