seismik

[VIDEO] Budak Ini Menangis Teruk Lepas Kena Usik 'Hidung Tercabut' Daripada Anggota Badan

Sian kau dik.

Cover image via @ashkmdn (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kanak-kanak yang sedang membesar sudah tentu akan mempelajari pelbagai perkara dan bertanyakan banyak soalan kepada kita

Jika anda sudah mempunyai anak kecil pasti sudah memahami tingkah laku mereka. Bukan ibu bapa saja, malah anda yang ada anak buah juga sudah kenal dengan perangai mereka ini.

Disebabkan itu, ramai yang menggunakan pelbagai cara usikan kepada mereka agar mendengar cakap dan tidak degil dalam melakukan sesuatu perkara.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita yang mengusik seorang kanak-kanak ini mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ashkmdn

kesian dia nangis, hidung tercabut ##fyp

original sound - ashkmdn

Sakat hidung tercabut daripada anggota badan sampai menangis teruk

Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu seorang wanita sedang bermain dengan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah rumah.

Namun, dia mempunyai satu idea untuk mengusik kanak-kanak itu dengan pura-pura mencabut hidung daripada mukanya dan memberitahu hidungnya sudah tercabut.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila reaksi kanak-kanak itu menangis teresak-esak dan meminta agar wanita itu kembali memulangkan hidungnya kembali. Dia kemudian kembali meletakkan hidungnya itu ke tempat asal wajahnya.

"Dia letak balik sambil nangis weh hidung dia. Ya Allah comel" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi kanak-kanak itu.

Malah, ramai yang berkongsi pengalaman sama bergurau seperti itu. Ada juga yang mahu melakukan prank itu kepada anak buah mereka nanti.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 46.6K views, 6,322 likes dan 225 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, kesian dia ingat betul-betul hidung kena cabut ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik