seismik

"Tersusun Cantik & Bersih" - Video Mengemas Barang Dapur Ini Tarik Perhatian Ramai

Puas hati tengok!

Cover image via @yanakhairuddin (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ruangan dapur merupakan ruangan yang penting bagi para isteri

Mana tidaknya, di situlah tempat mereka akan menyiapkan makanan untuk seisi keluarga. Di situ jugalah tempat mereka beraksi untuk mencuba pelbagai menu baru.

Pastinya ramai yang menghias dapur mereka mengikut cara dan kreativiti sendiri. Malah, ada yang sampai tidak boleh melihat sedikit kotoran atau benda bersepah langsung di dapur mereka.

Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang wanita menunjukkan bagaimana dia menyusun kesemua barang dapurnya selepas dibeli oleh suami.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kemas tersusun setiap barang bekas khas yang tersedia

Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu wanita berkenaan baru saja pulang daripada membeli barang dapur bersama suaminya.

Dia kemudian terus membuka semua barang yang dibelinya dengan mengemas satu persatu secara teratur.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah, setiap barang mempunyai bekas khas sendiri untuk disusun dan dilekatkkan dengan kemas di ruangan dapurnya. Ia turut dilabel dengan nama barang tersebut.

"Lawa dan convenient je tengok susunan semua" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang kagum dengan kerajinannya dan ada juga yang mengaku bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk melakukannya.

Malah, ada yang bertanyakan dari mana dia mendapatkan bekas-bekas tersebut untuk membelinya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 388.2K views, 6,562 retweets dan 17.9K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Wow, rajinnya dia kemas semua barang tu. Siap ada bekas khas lagi :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: