seismik

"Beku Remote Aku" - Si Ibu Sampai Pening, Bila Anak Buat Hal Sorokkan Remote Dalam Freezer

Kesian ibu dia.

Cover image via @cipinascantik (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai anak kecil sememangnya banyak ragam dan telatah mereka yang boleh kita lihat

Ada kalanya sampai pening nak melayan karenah mereka ini bukan? Namun, itu adalah salah satu proses pembelajaran mereka semasa membesar.

Pemikiran mereka ada sesetengahnya lebih kreatif daripada orang dewasa dan apa yang mereka lakukan juga kadang-kadang tidak boleh dijangka.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita terpaksa melayan karenah anaknya yang menyorokkan remote control TV rumah mereka di sesuatu tempat yang tidak dijangka.

Lihat video penuh itu di bawah:

@cipinascantik

Patut tak aku call cikgu, suruh tanya kan anak aku dia ada bawak ke sekolah ke? ##MKeStartTikTok ##fyp ##fypdong ##Sssmac ##foryourpage ##foryou

original sound - Šeng Ñu pan

Cari remote satu rumah tak jumpa, rupa-rupanya anak letak dalam freezer sebelum pergi sekolah

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu pada mulanya sedang sibuk mencari remote yang hilang walaupun sudah mencari satu rumah mereka.

Difahamkan kali terakhir remote itu dipegang adalah oleh anak perempuannya sebelum dia pergi ke sekolah.

Oleh kerana sudah terlalu lama mencari, si ibu menebalkan muka untuk menghantar WhatsApp kepada cikgu sekolah anaknya itu untuk bertanya di mana anaknya meletakkan remote.

Tetapi, apa yang lebih melucukan adalah si cikgu membalas mesej tersebut dengan memberitahu anaknya itu meletakkan remote di dalam peti ais. Malah, bukan di bahagian bawah, tetapi dalam freezer!

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@cipinascantik

Perangai Husna, dia suka nyorokkan benda lepas tu dia lupa mana dia letak. Padahal dia dari tadi carik sesama dengan mak. ##foryou ##fyp ##Sssmac

original sound - Šeng Ñu pan

"Ya Allah, kenapa kelakar sangat family akak ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.

Malah, ramai yang berkongsi pengalaman sama mengenai anak mereka yang suka menyembunyikan barang. Ada juga yang menganggap remote adalah benda wajib hilang bila di rumah.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 833.7K views, 74.2K likes dan 2,407 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Adoi dik, sampai ke peti ais ya kau letak remote tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: