seismik

"Alahai Sweetnya" - Cium Pipi Aafiyah, Gelagat Arif Ini Buat Ramai Cair. Comel Betul!

Sweet sangat ni.

Cover image via @arifjiwaasyraf (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum mengetahui anak penyanyi popular Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah sangat rapat dengan anak saudaranya, Arif Jiwa Asyraf

Kedua-dua si cilik itu dilihat banyak momen manis bersama di sosial media. Malah, ramai yang tidak boleh move on dengan cara layanan Arif kepada Aafiyah yang sangat penyayang.

Terbaru, video yang dimuat naik di Instagram milik Arif sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila gelagatnya bersama Aafiyah membuatkan ramai cair.

Lihat video penuh itu di bawah:

Rakam video bersama, Arif secara spontan cium pipi Aafiyah

Menerusi video tersebut, kelihatan Arif dan Aafiyah sedang bermain filter di Instagram sambil merakamnya bersama.

Namun, secara tiba-tiba Arif dilihat mencium pipi Aafiyah sebaik mendengar lagu semakin habis. Aksi mereka itu ternyata cukup akrab dan membuatkan ramai yang cair melihat aksi sweet mereka.

Posting itu juga dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen yang suka melihat gelagat mereka berdua di media sosial.

"Kemain lagi dua orang ni. Sweetnya" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kemesraan mereka berdua selepas melihat video tersebut. Malah, ramai yang menganggap Arif sememangnya seorang yang sangat sweet apabila bersama Aafiyah. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 200K views, 61.7K likes dan 755 comments di Instagram.

Berikut di bawah adalah antara komen mendarik daripada netizen di Instagram:

Memang cair betul tengok gelagat budak dua orang ni. Sweet habis!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: