seismik

"Suamiku Jiranku" - Wanita Ini Tak Sangka Berkahwin & Jodoh Dengan Neighbour Depan Rumah

Tak perlu bergaduh nak balik raya.

Cover image via @dyha.ishak (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jodoh, ajal semua sudah ditentukan oleh Tuhan dalam kehidupan kita

Kita sebagai hambanya hanya perlu mendoakan agar Tuhan memberikan yang terbaik buat kita. Sudah tentu semua orang pasti mahukan jodoh yang baik dan saling memahami bukan?

Namun, kita tidak akan tahu siapakah jodoh kita sehingga tiba masanya nanti kerana semuanya telah tersusun cantik oleh yang Maha kuasa.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita berkongsi kisahnya yang berjodoh dengan jiran depan rumah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@dyha.ishak

Kahwin dengan jiran depan rumah

original sound .cc - Mikatefu

Tak pernah sangka akan berjodoh dengan jiran depan rumah

Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Dyha Ishak itu berkongsi bagaimana dia dan suaminya bertemu.

Rupa-rupanya dia dan suaminya sebelum ini sudah berjiran lama, malah rumah ibu bapa mereka juga berdepan dan memerlukan hanya 10 langkah untuk sampai.

Hasil daripada perkahwinan itu, dia dan suami dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Malah, wanita itu juga berkongsi bahawa mereka tidak mempunyai isu untuk balik raya mengikut giliran kerana jarak rumah mereka yang sangat dekat.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@dyha.ishak

Reply to @mahfudzahmustafha nah cerita ringkas

Terpesona sama kamu - iam.moon:)

"Bolehlah rajinkan diri siram pokok depan rumah lepas ni" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dan tidak menyangka selepas melihat video tersebut.

Malah, semakin ramai pula yang mahu cuba merajinkan diri agar mendapat perhatian jiran mereka. Ada juga yang berpendapat ia sememangnya sudah jodoh mereka berdua.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 876.8K views, 89.9K likes dan 2,036 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alhamdullilah, kalau dah jodoh memang tak ke mana kan? :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: