seismik

Tubuh Badan Seperti Budak Kecil, Rupanya Pengantin Perempuan Ini Berusia 27 Tahun. Comel!

Comel molek pengantin ni.

Cover image via @misspikah96 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jodoh dan pertemuan semuanya telah ditetapkan oleh Allah SWT

Kita sebagai hambaNya perlu berdoa agar dikurniakan jodoh yang sesuai dan sepadan dengan kita. Jika dia jodoh kita, maka dia akan hadir pada waktu yang tepat.

Cinta itu juga bukan hanya terletak pada paras rupa semata-mata, tetapi yang penting adalah ikhlas. Jika ada sifat tersebut, si dia pasti akan menerima kekurangan diri anda.

Seperti video yang tular di laman TikTok baru-baru ini yang memaparkan pengantin perempuan memiliki fizikal tubuh badan yang kecil dan menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@misspikah96

Selamat pengantin baru yaya##pengantan cili cantik sngt2 pengantin ni

Saajanji ghar aaye - Agnesa Maharani

Ramai ingat usia masih muda, rupa-rupanya dah 27 tahun

Menerusi video tersebut, salah seorang rakan pengantin perempuan telah berkongsi beberapa keping gambar berkenaan untuk mengucapkan tahniah. Video itu kemudian meraih ribuan tontonan di TikTok.

Meskipun pengantin perempuan tidak mencapai ketinggian suaminya, tetapi kelihatan dia tetap tersenyum dan gembira semasa menjayakan photoshoot bersama suaminya itu.

Dengan tubuh badannya yang kecil, ramai yang beranggapan usianya pasti masih muda. Tetapi, rupa-rupanya umur pengantin perempuan itu kini berusia 27 tahun.

"Ya Allah comelnya, macam budak-budak" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen masih ramai bertanya berapakah umur sebenar pengantin tersebut.

Malah, ada juga yang memuji pengantin itu sangat comel dan kelihatan seperti budak kecil. Ramai juga yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 457K views, 24.8K likes dan 833 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Alahai comelnya, dah jodoh mereka kan. Rupa paras tak penting :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: