"Goodbye Friend" - Reaksi Gadis Ini Sebak Masa Kawan Baik Nikah Buat Ramai Dapat Relate
Yang ada BFF mesti tahu perasaan ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mempunyai kawan baik sememangnya satu pengalaman yang sangat indah dan pasti tidak dapat dilupakan
Mana tidaknya, kawan baiklah yang sentiasa ada bersama kita saat susah dan senang. Merekalah antara orang yang kita boleh lakukan aktiviti 'gila-gila' bersama.
Namun, semua itu pasti akan berubah sebaik saja mereka berkahwin. Aktiviti seperti dulu mungkin tidak boleh dilakukan bersama lagi kerana mereka sudah berumah tangga.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis tidak dapat menahan sebak emasa kawan baiknya bernikah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak dapat tahan air mata di majlis akad nikah kawan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berada di sebuah majlis akad nikah kawan baiknya.
Dia dilihat duduk di sebelah kawannya itu semasa akad nikah dijalankan. Namun, secara tiba-tiba dia tidak dapat mengawal emosinya sehingga menyebabkan dia menangis.
Malah, dia juga sempat mengunyah gula-gula getah bagi menghilangkan rasa sedih itu. Tetapi kemudian pengantin perempuan yang ternampak reaksi sebak kawannya itu dengan pantas terus menarik tangan untuk menenangkannya.
"My bestfriend getting married a few month lagi. Rasa nak nangis" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih melihat video tersebut.
Malah, ramai yang berkongsi pengalaman sama setelah kawan baik mereka berkahwin keadaan mungkin tidak akan jadi seperti dulu. Ada juga yang tidak bersedia untuk hilang kawan baik mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 169.2K likes, 4,854 comments dan 11.7K shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: