x

seismik

[VIDEO] Isteri Buat Hal Guna Filter Mata Anak Nampak Bengkak Sampai Si Suami Jadi Gelabah

Berlari suami nak cari anak punya pasal.

Cover image via @My_tiktokViral (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bila sudah mendirikan rumah tangga, kadang kala gurauan itu perlu bagi mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri

Bukan hanya pada date ke tempat makan semata, tetapi gurauan melucukan juga boleh menghiburkan hati pasangan.

Bila sudah mempunyai anak, merekalah penghibur hati dikala suka dan duka. Pasti anak yang akan lebih diutamakan dulu berbanding hal lain.

Sama seperti video yang tular di Twitter ini apabila si isteri cuba menyakat suami dengan prank filter sehingga nampak mata anak mereka seperti bengkak dan lebam.

Lihat video penuh itu di bawah:

Suami terus berlari masuk bilik lepas tengok gambar mata anak bengkak

Menerusi video tersebut, kelihatan si isteri semasa itu sedangmenghantar mesej kepada suaminya melalui WhatsApp untuk memberitahu tentang keadaan anak mereka.

Dia kemudian menghantar sekeping gambar anak mereka yang nampak seperti merah dan bengkak pada bahagian mata. Sedangkan sebelum itu dia telah mengambil gambar anaknya menggunakan filter dan niat untuk prank si suami.

Tanpa berfikir panjang, si suami gegas berlari masuk ke bilik untuk melihat keadaan anaknya itu dan ternyata semuanya tidak seperti apa yang dilihat dalam gambar. Dia kemudian memukul manja isterinya itu kerana menyakatnya.

"Soft spoken betul suara suami dia sampai saya insecure dengan suara sendiri" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat prank tersebut. Malah, ada yang terhibur melihat reaksi wajah anaknya itu selepas si ayah masuk untuk melihat dirinya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 17.2K views, 293 retweets dan 387 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Lawaklah muka anak dia, jelingan maut je tengok ayah :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: