seismik

[VIDEO] "Kau Ada?" - Drive-Thru McD Naik Kuda, Pasangan Ini Raih Perhatian Ramai

Bukan biasa-biasa kenderaan drive-thru dia.

Cover image via @rehan.mubarak (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap pasangan yang sedang bercinta tentu mempunyai cara tersendiri untuk meluangkan aktiviti bersama

Kebiasaannya kalau keluar pasti akan makan di restoran fast food atau kafe hipster bukan? Malah, ada juga yang melakukan aktiviti bersama seperti menonton wayang, shopping dan sebagainya.

Aktiviti seperti ini sebenarnya sedikit sebanyak dapat mengeratkan lagi hubungan percintaan lebih-lebih lagi bagi suami isteri, rasa seperti zaman mula-mula bercinta dulu.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter apabila pasangan dari negara jiran Indonesia ini mencuri tumpuan ramai dengan menaiki kuda untuk membeli McDonald's secara pandu lalu.

Lihat video penuh perkongsian itu di bawah:

Suka lakukan aktiviti bersama dengan hanya menaiki kuda

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan itu sedang berada di salah satu cawangan McDonald's untuk membeli makanan.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah mereka membeli makanan tersebut melalui kawasan pandu lalu dengan menaiki kuda.

Aksi mereka itu mendapat perhatian ramai kerana ianya jarang dilihat kenderaan yang membeli makanan pandu lalu menaiki kuda, kebiasaannya yang sering kita lihat adalah kereta.

Bukan itu saja, difahamkan pasangan itu juga telah menjadikan kuda sebagai salah satu kenderaan utama untuk bergerak ke mana saja seperti contoh ke shopping mall.

Lihat video penuh itu di bawah:

@rehan.mubarak

Ambarukmo Plaza w/ @daraarafah24

original sound - rehan mubarak

"Orang Malaysia nampak motor masuk drive-thru pun rasa pelik, ini kan kuda" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terpegun melihat aksi rare pasangan itu semasa membeli McDonald's.

Malah, ramai juga yang meninggalkan pelbagai reaksi mereka mengenainya. Ada juga yang sempat mengusik pasangan itu dengan pelbagai soalan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 206.8K views, 6,312 retweets dan 11.4K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Selalu dapat tengok kereta je kan lalu, kali ni kuda pulak sampai :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik