[VIDEO] Semangat Nak Ajar 'Garis' Guna Pembaris, Tapi Si Anak Pula Buat Cara Lain. Lawak!
Jalan susah juga dia pilih.
Kalau di sekolah gurulah yang bertanggungjawab untuk mengajar dan mendidik anak kita
Tetapi jika di rumah, ibu bapalah yang bertanggungjawab perlu menyambung pendidikan apa diajar oleh guru ketika di sekolah.
Contohnya seperti membantu mereka menyiapkan kerja sekolah dan menjelaskan apa yang mereka kurang faham ketika di sekolah.
Namun, lain pula dengan video yang viral di Facebook baru-baru ini yang memaparkan gelagat seorang kanak-kanak telah mencuri tumpuan semasa sedang belajar dengan ayahnya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ayah gigih ajar anak cara guna pembaris yang betul, anak pula pilih jalan sendiri
Menerusi video tersebut, kelihatan si ayah sedang membantu anaknya membuat latihan sekolah. Dia kemudian menyuruh anaknya itu garis menggunakan pembaris supaya ia kelihatan lebih kemas dan lurus.
Namun, apa yang lebih melucukan adalah si anak pada awalnya kelihatan meletakkan pensel tersebut pada pembaris, tetapi kemudian dia menggarisnya ke arah lain tanpa menggunakan pembaris itu.
Bukan itu saja, si ayah sudah beberapa kali menasihatkan anaknya supaya menggunakan pembaris untuk membuat garisan dengan betul. Tetapi, si anak tetap berdegil dengan menggarisnya tanpa pembaris.
"Boleh pula main kona-kona ya. Dah nampak highway straight" - Warganet
Dalam pada itu tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut meluahkan rasa terhibur selepas melihat video tersebut.
Malah, ada yang nampak muka ayahnya itu seperti sedang menahan sabar kerana gelagat anaknya itu. Ada juga yang mengusik anaknya itu kerana pandai membuat u-turn walaupun sudah nampak jalan straight.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2K likes, 1.2K comments dan 3.8K shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Facebook: