seismik

[VIDEO] Cikgu Panggil Nama Anak Murid Dengan Suara Macam 'Jantan' Ini Curi Tumpuan. Takut!

Nak bagi makan pun kena garang dulu ya.

Cover image via Dian Jaunah (Facebook)

Pekerjaan sebagai guru bukanlah mudah seperti apa yang kita lihat

Tambahan lagi, jika bekerja sebagai guru tadika atau di sekolah rendah kerana murid-muridnya masih sedang membesar dan banyak ragam yang akan dilihat.

Justeru, tidak hairanlah jika seseorang guru mempunyai cara mereka masing-masing untuk mengawal tingkah laku mereka ini.

Seperti video yang tular di Facebook baru-baru ini apabila seorang guru wanita cuba mengawal keadaan semasa mahu memberi makanan kepada anak muridnya di dalam kelas.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cikgu dah ayu, sekali terpaksa kawal anak murid sampai keluar suara 'petir'

Menerusi video tersebut, kelihatan guru wanita itu sedang berada di dalam kelas dan membahagikan makanan kepada anak muridnya mengikut turutan nama.

Dia bertanggungjawab untuk mengedarkan makanan itu kepada muridnya susulan dengan keadaan norma baru ini.

Namun apa yang lebih melucukan, akibat suasana di dalam kelas itu sangat bising dan menyukarkannya untuk memanggil nama, dia terpaksa meninggikan sedikit suaranya.

Suaranya itu pula berubah dan kedengaran seperti 'memetir' kerana mahu memastikan semua murid bertenang dan mendapatkan makanan masing-masing.

"Garang pun masih manis cikgu, mana nasi saya cikgu" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut merasa terhibur selepas mendengar suara guru tersebut.

Malah, ada yang sempat mengusik personaliti dan suara wanita itu dengan nada bergurau. Ada juga yang memuji kecantikannya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 590 likes, 73 comments dan 42 shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Facebook:

Ingat ya adik-adik, dengar cakap cikgu tu. Sekali dia marah lagi nanti keluar suara doraemon :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: