[VIDEO] Karaoke Nyanyi Lagu Ziana Zain Sampai Tarik, Member Pula Yang 'Feeling' Lebih
Power suara dia.
Keluar bersama rakan-rakan adalah masa yang paling menyeronokkan kerana kita dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama mereka
Pada masa inilah anda boleh hilangkan stres dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama mereka.
Sudah tentu anda akan merindui zaman ini apabila sudah berkahwin nanti kerana masa ini pelbagai aktiviti 'gila' boleh dilakukan bersama rakan.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis telah merakam dirinya sedang karaoke sebuah lagu bersama rakannya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tengoh syok nyanyi, member sebelah pula feeling lebih
Menerusi video tersebut, kelihatan pada mulanya gadis berkenaan dilihat merakan dirinya seorang diri dengan menyanyikan lagu 'Kemelut Di Muara Kasih' daripada Ziana Zain.
Nyanyiannya itu mencuri tumpuan pengikutnya kerana suaranya yang begitu merdu dan berjaya membawa note tinggi dalam lagu ini.
Namun, tak lama selepas itu dia dilihat bersama seorang rakannya yang terlebih melayan perasaan dalam menjiwai lagu tersebut.
Apa yang lebih melucukan, rakannya itu kelihatan seperti dia yang sedang menyanyikan lagu itu dengan melakukan pelbagai gaya ketika gadis itu sedang menyanyi.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Aku perlukan kawan yang boleh hiburkan aku macam ni" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis tersebut yang terlebih melayan perasaan.
Malah, ramai yang memuji kesedapan suara gadis itu dan berkongsi pengalaman sama mengenai rakan-rakan mereka sama seperti gadis tersebut. Ada juga yang mahukan kawan seperti itu untuk menghiburkan hati.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 37.5K likes, 785 comments dan 1105 shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: