[VIDEO] Sengaja Usik Batalkan Air Wuduk, Suami Geram Bagi 'Smackdown' Dekat Isteri
"Saya gerak dulu kak, tak boleh tengok lama-lama" - Netizen
Dalam kehidupan berumah tangga pasti akan datang pelbagai cabaran dan dugaan di dalamnya
Sebelum mempunyai anak, inilah masa yang sesuai suami isteri perlu gunakan untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama.
Guarauan suami isteri juga mampu untuk menghidupkan kembali saat romantis bersama pasangan seperti di awal perkenalan dulu.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila gelagat si si isteri mengusik suaminya mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dah ready nak solat, sekali si isteri rupa-rupanya ada niat lain
Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu lelaki berkenaan sudah bersiap sedia untuk mendirikan solat, tetapi si isteri muncul dengan agenda lain di dalam fikirannya.
Si isteri dengan sengaja menghulurkan tangan kepada suami untuk bersalam tetapi tidak disambut oleh lelaki itu kerana dia tahu air wuduknya akan batal serta merta.
Namun, si isteri dengan selamba terus memegang tangan suami dan perkara itu membuatkan dia marah sehingga 'dilututkan' isterinya itu.
"Part paling best kenakan suami, kadang gelak sampai nak terkencing" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga terhibur melihat gelagat pasangan berkenaan.
Malah, ada yang berkongsi melakukan perkara sama kepada pasangan mereka. Ada juga yang cemburu melihat aksi romantis mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 23.7K likes, 1168 comments dan 531 shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: