seismik

Pasrah Awek Jenis Makan Sikit & Cepat Kenyang, Lelaki Ini Terpaksa Jadi 'Tong Sampah'

Tak pasal-pasal kena habiskan pula ya.

Cover image via @ivnasrg (TikTok)

Sudah menjadi kebiasaan apabila keluar dating dengan pasangan pasti akan singgah ke kedai untuk makan bersama bukan?

Tambahan pula dengan restoran yang menjadi pilihan untuk dituju. Ianya sering menjadi perdebatan antara pasangan bercinta.

Namun, apa yang sering menjadi masalah adalah tabiat sesetengah perempuan yang tidak boleh menghabiskan makanan dipesan.

Sama seperti situasi yang dihadapi oleh lelaki ini apabila videonya bersama kekasih tular di TikTok kerana terpaksan menghabiskan kesemua makanan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Awek makan sikit sebab kenyang, suruh boyfriend pula yang habiskan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang dating dengan kekasihnya di sebuah kedai makan.

Tetapi selepas memesan makanan, gadis itu merasa kenyang dan hanya menjamah separuh hidangan saja daripada pinggannya.

Dia kemudian meminta agar kekasihnya itu untuk menghabiskan makanan tersebut kerana kekenyangan. Tanpa rasa bersalah, lelaki itu terus mengambil pinggan gadis tersebut dengan reaksi muka pasrah.

"Kalau aku selalu kena paksa untuk habiskan" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga dapat relate dengan situasi yang dihadapi oleh lelaki tersebut.

Malah, ada juga yang berpendapat bahawa lelaki kadangkala sudah menjadi seperti 'tong sampah' kepada kekasih mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 238.4K likes, 5,341 comments dan 6,474 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kesian boyfriend dia, tak pasal-pasal nak kena habiskan sepinggan lagi ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: