seismik

[VIDEO] "Tepuk Guna Kaki" - Suka Dapat Hadiah Daripada Anak, Reaksi Ayah Ini Curi Tumpuan

Seronok betul tengok ayah dia.

Cover image via @threebee123 (TikTok)

Sebagai seorang anak, adalah tanggungjawab kita untuk menjaga kedua ibu bapa dan membahagiakan mereka

Pastinya jasa mereka kepada kita sangat tidak terbalas. Tetapi sekurang-sekurangnya kita boleh memberi sesuatu yang mampu mengukir senyuman di wajah mereka.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang ayah sangat teruja dan gembira selepas mendapat hadiah daripada anaknya.

Lihat video penuh itu di bawah:

@threebee123

Ayah yang dapat hadiah, kita yang happy

original sound - WeiTeng

Ayah teruja dapat hadiah bean bag sampai satu rumah gelak

Menerusi video tersebut, gadis itu sekeluarga telah membelikan bean bag berwarna biru kepada ayahnya. Ia bertujuan agar si ayah dapat duduk lebih selesa dan santai semasa menonton televisyen di ruang tamu.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah reaksi si ayah setelah menerima bean bag itu ternyata membuatkan satu rumah tergelak melihatnya.

Dia dilihat sangat gembira sehingga menepuk kedua belah kakinya sambil duduk di atas bean bag tersebut.

"Benda paling best bila kau tengok mak ayah tersenyum gembira" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur selepas melihat video tersebut.

Malah, video itu juga telah mengingatkan mereka kepada ayah yang jauh berada di kampung dan juga sudah tiada.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 149.5K likes, 995 comments dan 470 shares di TikTok.

Aduhai, tergelak tengok reaksi ayah dia. Menghiburkan betul :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: