x

seismik

[VIDEO] Teruja Dapat Keluar Pergi Salun, Wanita Ini Sampai 'Terlupa' Tutup Enjin Kereta

Excited sangat ya kak.

Cover image via @dotzybink (TikTok)

Mahu kelihatan cantik dan menawan pastinya menjadi keutamaan bagi setiap wanita di luar sana

Bagi golongan wanita, aksesori kecantikan memainkan peranan yang penting bagi mereka untuk nampak lebih yakin di depan orang ramai.

Tetapi, ada sesetengahnya lebih gemar untuk kelihatan biasa-biasa saja kerana tidak berapa menyukai aksesori kecantikan diri ini.

Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita terlupa untuk mematikan enjin keretanya kerana terlalu teruja ke salun rambut.

Lihat video penuh itu di bawah:

@dotzybink

Kaget banget sumpah!! Ada yg penasaran rambut dia jd gimana gak? ##binkdotz ##binkdotzsalon ##ohno

Oh No - Kreepa

Tengah syok warna rambut sekali baru teringat belum matikan enjin kereta

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita Indonesia semasa itu sedang mewarnakan rambutnya di sebuah salun.

Namun semasa sedang asyik mewarnakan rambut, dia tiba-tiba bangun dan bergegas keluar menuju ke keretanya. Rupa-rupanya enjin kereta wanita itu ditinggalkan dalam keadaan begitu lama dengan lampu serta wiper masih terpasang.

Apa yang lebih melucukan adalah semasa dia bergegas keluar dari salun itu, rambutnya kelihatan masih terlekat dengan pewarna. Tetapi dia tidak mempedulikannya kerana mahu cepat menutup enjin tersebut.

"Nasib baik kereta dia masih ada kat situ, kalau tiba-tiba hilang mahu menangis tak henti" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga turut terhibur melihat reaksi wanita berkenaan yang terpaksa bergegas keluar dalam keadaan sebegitu.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka kerana terlupa menutup enjin atas sebab-sebab lain.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 143.5K likes, 561 comments dan 159 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Nasib baik kereta dia masih ada kat situ, kalau tiba-tiba hilang mahu menangis tu :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: