seismik

[VIDEO] Wanita Ini 'Excited' Nak Scan Baby, Sekali Gaya Anak Sama Pula Dengan Si Bapa

Redha jelah isteri dia.

Cover image via @ratuvivit (TikTok)

Menimang cahaya mata adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri

Mana tidaknya, ada yang sampai bertahun-tahun lamanya menunggu untuk mendapatkan zuriat sendiri dan ada juga yang diberikan rezeki awal untuk menimang cahaya mata.

Pastinya setiap ibu bapa merasa teruja untuk menyambut anak mereka semasa lahir nanti.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita berkongsi gambar scan baby yang tidak ubah seperti gaya suaminya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Jumpa doktor nak buat scan ultrasound, pasrah tengok gaya baby sama dengan ayah

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan itu hadir ke klinik untuk melakukan scan ultrasound baby mereka. Si isteri telah merakam video semasa sedang membuat pemeriksaan itu.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia merasa terkejut apabila si anak yang dilihat membuat gaya meletakkan sebelah tangannya di atas dahi. Aksi bayi itu dilihat hampir 99% sama seperti gaya si ayah semasa tidur.

"Kita yang hamil kita yang berjuang melahirkan, keluar mirip bapa semua" - Netizen

Dalam pada itu tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video berkenaan.

Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman mereka semasa melakukan scan itu dan hanya pasrah jika si anak lebih iras kepada si ayah.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 61.4K likes, 556 comments dan 246 shares di TikTok.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bak kata pepatah Inggeris, like father like son lah kan :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: