seismik

[VIDEO] Hadiahkan Anak 'Kerusi Gaming' Baru, Bapa Ini Buat Ramai Tersentuh Hati

Terharu pula tengok.

Cover image via @damnwan_ (Twitter)

Tidak dapat dinafikan lagi, pelbagai jenis permainan video popular boleh kita dapati pada era masa kini

Terutamanya bagi golongan muda, permainan video sekarang telah menjadi aktiviti popular kerana dari segi graphic dan game yang sangat memuaskan.

Jadi tidak hairanlah mengapa ada sesetengahnya ada yang sanggup menabung duit demi memiliki video permainan idaman mereka.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter ini apabila si ayah memberikan sokongan kepada hobi anaknya yang menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ayah hadiahkan kerusi gaming untuk anak supaya lebih selesa bermain game

Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu si anak sedang sibuk bermain permainan video komputer di dalam biliknya.

Kemudian si ayah tiba-tiba masuk ke dalam bilik dan menutup mata anaknya sebelum memberikan kejutan sebuah kerusi gaming baru kepadanya.

Dengan rasa gembira dan teruja, anaknya terus membuka kotak itu dan tersenyum lebar selepas melihat hadiah berkenaan.

Si ayah juga mengingatkan anak lelakinya itu agar tidak leka dan mengabaikan solat walaupun sudah mendapat kerusi gaming baru.

"Bestnya dapat ayah yang support anak, I want to be this kind of father" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terharu selepas melihat video tersebut.

Malah, ada yang ada yang berharap agar sifat ayah mereka sama seperti lelaki berkenaan yang menyokong minat anaknya. Ada juga yang menyifatkan ayahnya itu seorang yang sporting.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 227.3K views, 7,199 retweets dan 12.5K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Sweet betul ayah dia, jarang dapat tengok parents support anak main game :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: