seismik

[VIDEO] Minta Orang Singapura Terjemah BI Kepada BM, Jawapan Lelaki Ini Buat Ramai Ketawa

Alamak nasib baik bukan rakyat Malaysia, kalau tak mesti kena kecam dah.

Cover image via @SafuanShaffuan (Twitter)

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia dan menjadi bahasa utama di negara ini

Namun begitu, ketika zaman penjajahan semasa di negara ini telah membuatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan bangsa sendiri menjadi semakin pudar kerana pengaruh dari barat.

Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila penduduk negara jiran Singapura apabila diminta untuk menterjemahkan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

Lihat video penuh itu di bawah:

Uji orang Singapura dengan penguasaan bahasa Melayu mereka

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di negara jiran Singapura dengan bertanyakan beberapa orang awam di situ tentang tahap penguasaan bahasa Melayu mereka.

Meskipun bahasa Melayu bukanlah bahasa rasmi di negara berkenaan kerana bahasa utama mereka adalah bahasa Inggeris, tetapi tidak dinafikan penggunaan bahasa Melayu juga masih ada digunakan di sana.

Wanita itu mula bertanyakan kepada beberapa orang awam untuk menterjemahkan hawker center kepada bahasa Melayu.

Didapati sesetengah orang berjaya menterjemahkan perkataan tersebut, namun ada juga yang mengalami kesukaran untuk mencari perkataan yang betul.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang pemuda lelaki menterjemahnya dengan perkataan yang melucukan.

"Aku ingat hawker center tu pusat burung helang" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.

Malah, ada sesetangah juga memberitahu bahawa mereka juga masih berfikir apakah terjemahan hawker center kepada bahasa Melayu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 567.4K views, 6.5K retweets dan 12.2K likes di Twitter.

Lain pula yang dia terjemahkan. Lawak betul lah :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: