seismik

Ini 7 'Video Games' Hasil Buatan Malaysia Yang Mungkin Anda Tak Tahu. Wow Hebatnya!

Malaysia boleh!

Cover image via Vulcan Post , Apprecs , Fandom

Industri permainan video merupakan industri yang paling berkembang di seluruh dunia

Malah, ianya boleh menjadi lebih popular daripada filem, muzik dan pelbagai bentuk hiburan di peringkat antarabangsa. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan permainan video yang semakin popular ini.

Untuk pengetahuan anda, studio Malaysia pernah membantu menghasilkan permainan video terkenal seperti Days Gone, Gears 5, Uncharted 4: A Thief’s End dan banyak lagi.

Kini, banyak permainan video hasil buatan Malaysia yang sudah setaraf antarabangsa. Jom kita lihat 7 permainan video tersebut di bawah:

1. No Straight Roads

Image via Noob Feed

No Straight Roads merupakan sebuah permainan video aksi yang dihasilkan oleh Metronomik iaitu ditubuhkan oleh Wan Hazmer (bekas pereka Final Fantasy XV) bersama-sama sepupunya, Daim Dziauddin (bekas pelukis konsep Street Fighter V).

Di dalam permainan ini, anda akan mengikuti pengembaraan dua pemuzik iaitu Mayday dan Zeke untuk menentang syarikat gergasi NSR yang telah mengharamkan segala jenis muzik kecuali rentak electronic dance music (EDM) di Vinyl City.

No Straight Roads telah dilancarkan di PC dan PlayStation 4 (PS4).

2. King's League II

King's League II adalah permainan video simulasi mengenai pengurusan pasukan pejuang zaman pertengahan sama seperti Football Manager tetapi dengan pedang dan kuasa magis.

King’s League II adalah permainan video Malaysia pertama hadir ke Apple Arcade, servis langganan khas untuk peranti Apple.

Di dalam permainan ini anda akan merekrut, melatih dan mengurus pejuang dari pelbagai kelas sebelum menghantar mereka ke simulasi medan perang.

King’s League II boleh dimainkan melalui Apple Store sekarang dan di PC.

3. Ejen Ali Emergency

Image via Apk Pure

Ejen Ali terkenal daripada siri animasi tempatan yang menjadi kegemaran ramai. Kini, ia hadir pula dengan sebuah permainan video untuk penggemar siri ini.

Dalam permainan aksi dengan pandangan atas bawah (isometric) dibangunkan oleh Common Extract, anda akan bermain sebagai Ejen Ali dengan menggunakan kaca mata berteknologi tinggi IRIS dan yoyo untuk menyelinap masuk kawasan fasiliti MATA.

Anda akan melalui perbezaan mengikut kesusahan musuh dan keteguhan sistem keselamatan MATA. Bukan sahaja Ejen Ali, tetapi boleh bermain sebagai ejen lain dalam rancangan animasi perisikan ini seperti Ejen Rizwan, Ejen Bakar, Ejen Alicia, Ejen Comot dan ramai lagi.

Ejen Ali Emergency kini boleh dimainkan di Android dan iOS.

4. Mak Cun's Adventure

Image via Vulcan Post

Pasti anda pernah melihat drama bersiri Mak Cun Ini di dalam TV. Dengan wataknya yang terkenal, ia telah menarik perhatian orang ramai untuk menonton drama ini.

Mak Cun’s Adventure adalah sebuah permainan video strategi dan pengurusan masa seakan permainan popular pada masa dulu iaitu Diner Dash.

Anda boleh mengambil alih tampuk Mak Cun dan menguruskan pelbagai jenis perniagaan seperti restoren, gerai makanan, butik pakaian dan banyak lagi.

Mak Cun’s Adventure boleh dimainkan sekarang di Android dan iOS.

5. Eximius : Seize The Frontline

Image via Medium

Permainan video ini merupakan permainan online (multiplayer) gabungan first-person shooter (FPS) dan real-time strategy (RTS) dibangunkan oleh studio tempatan, Ammobox Studios.

Anda perlu mengambil alih dua tugasan berbeza iaitu komander dalam perspektif RTS untuk membina bangunan ibu pejabat.

Malah, untuk melatih tentera dan memberi tugasan kepada ahli pasukan lain yang mengetuai unit kecerdasan buatan (AI) membantu pemain mengumpul sumber dan mengalahkan musuh dalam perspektif FPS.

Eximius: Seize The Frontline kini dilancarkan dalam akses awalan di PC.

6. Bake ‘n Switch

Image via Nintendo

Bake' n Switch dibangunkan oleh Streamline Games, ini adalah permainan video couch co-op seramai 4 orang.

Anda boleh bermain bersama rakan atau ahli keluarga untuk mengumpul seberapa banyak doh yang boleh uli dan bakar ke dalam ketuhar sambil mempertahankan daripada musuh Spores, Stickies, and Mouldies.

Bake ‘n Switch dikeluarkan pada tahun ini di PC.

7. Re:Legend

Image via Kick Starter

Permainan video ini telah dibangunkan oleh Magnus Games Studio. Ia merupakan permainan simulasi role-playing game (RPG) Re:Legend yang mana anda boleh membina, menanam pokok, memancing dan memburu serta menjinakkan haiwan/raksasa dipanggil sebagai Magnus.

Re:Legend telah mencatat sejarah apabila mendapat kutipan dana tertinggi di Asia Tenggara dan menjadi permainan video Malaysia pertama diterbitkan oleh 505 Games.

Re:Legend kini boleh dimainkan sekarang di PCXbox One dan Nintendo Switch.

Gempak semuanya! Jom support game buatan Malaysia :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: