seismik

Konon Nak 'Sweet' Dengan Isteri Pakaikan Telekung, Tapi Yang Si Suami Lupa Ada Air Wuduk

Sweet betul ni.

Cover image via @mataharishining (TikTok)

Dalam kehidupan berumah tangga, suami dan isteri mempunyai pelbagai cara untuk mengeratkan hubungan sesama mereka

Untuk mengekalkan hubungan yang sweet tidak semestinya memberikan hadiah yang mahal atau membuat surprise pada si dia, tetapi gurauan manja juga mampu membuat mereka gembira.

Namun, lain pula yang jadi kepada pasangan suami isteri ini apabila video perkongsian sweet mereka di TikTok bertukar menjadi kelakar.

Baru nak sweet dengan isteri siap pakaikan telekung sampai lupa ada air wuduk

Difahamkan, si isteri sebelum ini mengalami kemalangan yang menyebabkan tangannya tidak boleh bergerak dengan banyak.

Oleh kerana si isteri berada dalam keadaan sebegitu, dia membiarkan saja suaminya memakaikan telekung untuk solat berjemaah.

Tetapi, setelah selesai menyarungkan kain telekung, tidak pasal-pasal lelaki itu menyentuh dahinya.

Apa yang lebih melucukan, mereka berdua terus ketawa selepas terlupa masing-masing sudah mempunyai air wuduk.

Tak pasal-pasal kena amik air wuduk baru

Walaupun mereka berdepan situasi kelakar itu dan terpaksa mengambi wuduk kembali, namun jelas terpancar kebahagiaan di wajah pasangan ini.

Malah, wanita ini juga bersyukur kerana memiliki suami yang sangat rajin dan sanggup untuk membantunya dalam melakukan kerja rumah.

Walaupun hanya mampu melihat saja, dia tetap berterima kasih kepada lelaki berkenaan kerana telah menjaga dirinya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati warganet mengakui gembira melihat hubungan pasangan ini dan mendoakan agar si isteri sembuh dengan segera

Alahai, sweet sangat tu sampai tak kena tempat ya :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik wajib baca hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: