seismik

[VIDEO] Gadis Ini Malu Teruk Lepas ‘Tergolek’ Dalam Sawah Masa Tengah Enjoy Main Buaian

Dah la orang tengok pulak tu.

Cover image via @liyana.jasni (TikTok)

Berada di kampung halaman adalah suasana yang paling tenang dapat kita rasai

Jika kampung anda mempunyai sawah padi, pastinya itu merupakan port paling best untuk lepak dan menenangkan fikiran semasa berada di sana.

Namun, bukan semua kampung mempunyai sawah padi kerana ada sesetengah kawasan yang semakin membangun.

Lain pula dengan seorang gadis ini apabila keterujaan menaiki buaian dengan berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi bertukar menjadi satu insiden memalukan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Baru berangan nak main buaian dengan pemandangan sawah

Menerusi sebuah perkongsian video di TikTok, gadis itu memuat naik rakaman menunjukkan dia ketika itu sedang menaiki sebuah buaian dengan pemandangan sawah padi.

Sebelum itu, dia baru saja selesai bergambar di sekitar kawasan kampung berkenaan sebelum meminta seorang rakan untuk menghayunkan buaian itu.

Tergolek dalam sawah sebaik saja menaiki buaian tak sampai seminit

Tetapi, lain pula insiden yang terjadi semasa hayunan buaian itu dibuat menyebabkan dia jatuh tergolek di dalam petak sawah yang berlecak.

Lebih malang apabila kasut dan bajunya juga basah gara-gara insiden berkenaan dan membuatkan dia terpaksa menahan malu kerana diperhatikan oleh pengunjung lain.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 215.3k views, 10.8k likes dan 258 comments.

Lihat video penuh ini di bawah:

@liyana.jasni

Wehhhhh jatuh habis basah kain dengn kasut nasib dah bergmbr semua tempt dah ##fyp ##fyp ##fypage ##tiktokmalaysia ##viral

pota pota by HERA - hera

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat insiden berkenaan dan meminta maaf kerana ketawa dengan apa yang terjadi

Mesti sis ni dah fobia dengan buaian tu kan?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: