seismik

[VIDEO] "Macam Penguin Jalan" - Lelaki Ini Cuba Kayuh Motor Depan Geng Basikal Bikin Dekah

Lawaklah cara dia kayuh tu!

Cover image via @theredbeaniegirl (TikTok)

Aktiviti berbasikal sudah menjadi trend yang sihat di Malaysia lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda

Namun, aktiviti sebegini juga sebenarnya boleh menganggu pergerakan lalu lintas di jalan raya dan mengundang risiko yang tinggi.

Oleh kerana itu, para penunggang diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan demi menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Milwaukeens

Timbul reaksi semasa jumpa sekumpulan geng basikal

Tular baru-baru ini apabila video di TikTok mengenai gelagat seorang pengguna motosikal 'membahan' geng basikal menarik perhatian ramai.

Menerusi rakaman video itu, seorang lelaki dilihat sedang menaiki motosikalnya dan kebetulan lalu bersebelahan dengan sekumpulan geng basikal.

Namun, dia mendapat idea semasa lalu bersebelahan mereka membuatkan rakan yang mengekorinya daripada belakang juga turut terhibur.

Gigih kayuh atas motor sebab nak bahan geng basikal

Namun, apa yang lebih melucukan adalah semasa dia terjumpa dengan geng basikal terbabit, muncul satu idea untuk 'membahan' mereka.

Lelaki berkenaan kelihatan sedang mengayuh di atas motosikalnya tatkala melintasi geng basikal terbabit walhal dia sebenarnya sengaja meniru aksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 229.2k views, 16.5k likes dan 188 comments.

@theredbeaniegirl

Reply to @rasenggan38 sorry mmg gelak macam tuh

original sound - mafia's baby

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video berkenaan dan ada yang menyamakan aksinya seperti penguin sedang berjalan

Aduhai, kelakar pula tengok cara dia bahan tu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: