seismik

[VIDEO] Tak Sampai Sehari Keluar Kedai, Gadis Ini Pasrah Kereta Baru Kemek Dilanggar Lori

Mestilah sedihkan, kereta baru tu.

Cover image via @napicangg (TikTok)

Siapa saja yang tak excited bila dapat beli kereta baru hasil usaha sendiri bukan?

Apatah lagi bila siang malam bertungkus-lumus mencari rezeki dan buat kerja lebih masa. Semuanya demi mendapatkan benda yang diidamkan.

Antaranya adalah kereta. Ia sudah semestinya menjadi keperluan pada zaman sekarang untuk memudahkan kita pergi kemana saja.

Namun, lain pula dengan kisah seorang gadis ini apabila nasib tidak menyebelahi dirinya selepas dia baru saja membeli kereta.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Perodua

Teruja nak bawa kereta baru, tapi tak sampai beberapa jam dah kena langgar

Menerusi sebuah video perkongsian di TikTok, seorang gadis telah berkongsi detik gembira apabila dia berjaya memiliki sebuah kereta hasil daripada titik peluhnya sendiri.

Walau bagaimanapun, kegembiraan itu hanya sementara apabila dia telah diuji dengan satu kejadian mendukacitakan.

Pintu kereta habis kemik gara-gara dilanggar sebuah lori

Kegembiraannya itu tidak bertahan lama apabila dia terlibat dengan satu insiden di jalan raya dengan sebuah lori.

Apa yang lebih menyedihkan, keretanya itu turut mengalami kerosakan besar pada bahagian pintu belakang.

Namun, selepas berbincang dengan individu yang terlibat, dia terus membuat laporan polis bagi tujuan tuntutan insurans.

Meskipun dalam keadaan sedih, tetapi dia percaya atas hikmah dan ujian yang telah berlaku kepada dirinya.

@napicangg

siapa pernah jadi macamni? sedih tu taktahu nak cakap macam mana ##fyp ##newcar ##2020 ##babywhite

tetap dalam jiwa sayang - ruangsendu

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen turut bersimpati atas kejadian yang menimpa gadis berkenaan dan memberikan kata-kata positif kepadanya

Benda dah nak jadikan, pasti ada hikmah atas apa yang berlaku :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: