[VIDEO] "Macam Ada Benda Kawal" - Wanita Ini Terkejut Trak Mainan Anak Bergerak Sendiri
Dah la duduk seorang dalam rumah.
Benda ghaib sememangnya wujud di alam nyata. Ia boleh timbul dengan pelbagai bentuk dan cara untuk 'mengacau' kita.
Jadi, mulalah timbul segala macam perasaan yang datang lebih-lebih lagi apabila kita duduk seorang diri di rumah.
Namun, siapa saja yang tidak cuak jika tiba-tiba benda bergerak sendiri di depan mata.
Begitulah pengalaman mistik yang telah dikongsikan oleh seorang wanita menerusi laman Twitternya yang membuatkan dia fobia dengan kejadian terbabit.
Disangka terduduk atas alat kawalan jauh trak mainan
Menerusi perkongsiannya, wanita yang dikenali sebagai Leanna ketika itu sedang bersendirian bersama bayinya di rumah kerana suami dan anak lelakinya keluar menghadiri majlis tahlil.
Namun, semasa sedang sibuk melipat baju di ruang tamu, salah satu mainan anak lelakinya bergerak sendiri dan membuatkan dia pelik.
Dia pada awalnya menyangka yang dia telah terduduk di atas alat kawalan jauh trak mainan berkenaan walaupun dia tahu remote trak itu telah lama hilang.
Ready nak keluar rumah bila tahu ada sesuatu yang tak kena
Setelah mencari alat kawalan jauh tersebut. di merata tempat, ternyata permainan itu bukan digerakkan menggunakan remote. Wanita berkenaan semakin cuak dan terus bersiap untuk keluar dari rumahnya itu.
Dia kemudiannya segera menghubungi suaminya untuk pulang ke rumah dengan segera sambil menunggu di luar rumah.
Tetapi apabila suaminya sampai, mainan tersebut berhenti dan tidak bergerak lagi.
Patutlah anak tak berani duduk ruang tamu seorang walaupun waktu pagi
Menurut Leanna lagi, pada mulanya dia pindah ke rumah itu tidak pernah mempunyai apa-apa masalah selama dua tahun.
Tetapi, sejak akhir-akhir ini anak lelakinya bernama Dani mula menunjukkan reaksi takut dan tidak berani duduk di ruang tamu seorang diri walaupun waktu itu adalah pagi.
Dani juga sehingga menangis dan menarik baju untuk menyuruhnya teman di ruang tamu.
Ustaz datang beri penjelasan, ada benda dalam rumah
Selepas berlaku kejadian misteri itu, Leanna dan suami telah menghubungi seorang ustaz untuk melihat keadaan rumah mereka.
"Ustaz cakap memang dia ada dah kat rumah ni penghuni asal ye, sebelum ni tak nak tunjuk diri sangat, semalam dia rasa nak buat nakal nak main"
"Percayalah benda ghaib tu ada dimana mana sahaja, kebetulan kenakalan dia tu jadi kat aku thru remote control car"
"Ustaz kata dia ada je, kita orang je tak perasan. Semalam dia saja geram nak tunjuk dirilah," katanya.