[VIDEO] Simpan Duit Dalam Tin Biskut, Nenek Ini Kerugian Lebih RM230,000 Dimakan Serangga
Sayangnya duit, banyak tu!
Seorang nenek di Pulau Pinang terkejut apabila mendapati sejumlah wang simpanannya musnah dimakan anai-anai setelah cucunya mengeluarkan wang tunai yang disimpannya di dalam tin biskut di bawah katilnya
Menerusi video yang dimuat naik di Facebook Penang News Group minggu lalu, kelihatan nenek itu seperti tidak percaya untuk menyimpan wangnya di dalam bank.
Disebabkan itu, dia telah memutuskan untuk menyimpan wang simpanannya di dalam bekas logam.
Rugi RM230,000 gara-gara dimakan anai-anai
Menerusi video tersebut, kedengaran seorang lelaki telah menunjukkan kepingan wang ringgit bernilai RM100 yang hancur dimakan serangga berkenaan yang dipercayai hidup dan membiak di dalam tin tersebut.
"Jadi, saya mengeluarkan duit ini semalam dan mendapati semuanya hancur digigit," katanya sambil menunjukkan timbunan wang RM100.Dia menambah, bahawa setiap timbunan duit yang diikat dengan getah bernilai kira-kira RM10,000 itu berjumlah RM230,000.
Cuba bahagikan kerugian duit yang rosak
Malah, getah ikatan yang berada di duit tersebut juga hancur dimakan oleh serangga tersebut.
"Semua duit ini tidak dapat digunakan. Semuanya hancur ketika saya mengeluarkannya," katanya.
Namun, dia menambah bahawa dia akan menghabiskan lebih banyak masa untuk melihat kembali duitnya dan mahu cuba bertanyakan di bank.
Berjaya menyimpan wang kertas bernilai kira-kira RM110,000 yang masih dalam keadaan baik
Walau bagaimanapun, nasibnya agak baik kerana dapat menyelamatkan separuh nilai wang yang disimpannya yang masih selamat.
"Ini akan memakan masa untuk menyaring dan menyusun semula wang kertas satu demi satu"
"Jadi banyak daripada wang tersebut perlu diperbaiki sebelum dapat digunakan," katanya.