Lelaki Kena Paksa Bayar Burger RM920 Dan 9 Lagi Artikel 'Most Reads' Di Seismik Tahun 2020
Banyak perkara yang telah terjadi sepanjang tahun 2020.
Selain daripada filem yang menarik, keselesaan tempat duduk di dalam pawagam kadangkala juga amat dititikberatkan oleh penonton. Maklumlah, untuk dapatkan pengalaman sinematik terbaik, mestilah kita inginkan yang terbaik.
Namun begitu, kadang-kadang tanpa diduga, waktu sedang syok tengok wayang ini kita akan diganggu dengan pasangan yang sibuk buat 'wayang' sendiri. Selalunya mereka akan memilih untuk duduk di area belakang-belakang sebab senang nak sorok.
Menerusi laman Twitter, @pineabul yang juga merupakan bekas pekerja di sebuah rangkaian pawagam telah tampil menyatakan bahawa setiap panggung wayang mempunyai kamera CCTV yang diletakkan berhampiran dengan skrin bagi memantau kelakuan penonton wayang.
Artikel penuh di sini.
Menerusi video perkongsian berkenaan, lelaki tersebut sedang berada di kawasan ladang ayam ternakannya.
Dia dilihat berada ditengah-tengah sambil dikelilingi oleh ayam-ayam miliknya dengan melakukan gaya aksi seperti sebuah filem dalam scene berperang.
Lelaki berkenaan kemudian menjerit seperti mahu berperang sambil menghulurkan kayu ke langit dan berlari ke depan.
Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila ayam-ayam tersebut mengikut dia berlari walaupun mereka tidak faham apa-apa.
Artikel penuh di sini.
Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Liddy membuat satu perkongsian mengenai seorang lelaki.
Dia mendedahkan bahawa lelaki tersebut enggan membayar bil makanan yang berasingan selepas menyertai satu pesta makan malam sempena sambutan hari jadi.
Dipendekkan cerita, lelaki itu hanya memesan burger dan air sahaja yang dianggarkan lebih kurang RM80+, sementara 7 orang yang lain memesan makanan yang mahal-mahal dan alkohol.
Semasa hendak membuat bayaran, lelaki itu diarahkan untuk membayar RM460 seorang termasuk birthday girl membuatkan harga ini menjadi double.Artikel penuh di sini.
Tular baru-baru ini di laman sosial TikTok apabila seorang remaja lelaki yang bekerja di 7-Eleven berkongsi satu posting mengenai pendapatnya yang membuatkan ramai setuju.
Dalam video tersebut dia menyampaikan mesej kepada pelanggannya yang hadir untuk membeli barangan peribadi tapi malu untuk membayarnya.
Disebabkan itu dia seolah-olah merasakan ianya bukan satu masalah bagi dirinya untuk pelanggan tersebut membeli barang berkenaan kerana itu adalah hak mereka.
Artikel penuh di sini.
Menerusi video tersebut, remaja lelaki itu sedang merakam kawan perempuannya ketika sedang membuat pesanan.
Mereka merancang misi untuk mengacau abang McD dan tidak sangka apabila kawannya meniru suara Doraemon sambil berkata "sundae cone satu", abang McD pun turut tergelak kerana suaranya yang sebiji sama dengan Doraemon.
Namun, ada juga yang berkata aksi spontan itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa penat pekerja McD dengan menghiburkan mereka.
Artikel penuh di sini.
Jika sebelum ini pengguna menggunakan FaceApp untuk melihat muka mereka apabila berusia kelak dengan filter wajah tua, kini rata-rata warganet teruja menggunakan aplikasi itu untuk melihat rupa mereka dalam versi berlawanan jantina.
Menerusi laman Twitter, Hafiz Abdul Aziz telah berkongsikan bagaimana dia mengubah wajahnya kepada rupa seorang gadis menggunakan FaceApp.
Hafiz kemudiannya menggunakan gambar itu untuk diperkenalkan sebagai girlfriend barunya kepada si ibu sebagai prank. Tanpa menyedari yang 'gadis' itu sebenarnya adalah anak lelakinya, ibu Hafiz terus reject gara-gara tidak menutup aurat.
Artikel penuh di sini.
Mungkin ramai yang di antara kita yang lebih gemar untuk menunaikan solat tarawih di masjid ataupun di surau kerana sekiranya dikerjakan secara berjemaah, maka bertambahlah pahala.
Namun begitu, tuntutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini menyarankan orang ramai untuk menunaikan solat sunat itu di rumah sahaja bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
Usah risau kerana kita masih boleh menunaikan solat tarawih sama ada secara sendirian atau berjemaah bersama keluarga di rumah.
Artikel penuh di sini.
Korea Selatan telah menyaring lebih daripada 270,000 orang, jumlah paling ramai jika dibandingkan dengan mana-mana negara lain.
Pengalaman Korea Selatan dalam menangani penularan wabak Covid-19 menunjukkan bahawa diagnostik pada skala besar adalah kunci kepada kawalan epidemik.
Selain itu, pesakit berisiko tinggi diberi keutamaan untuk dimasukkan ke hospital manakala mereka yang mempunyai gejala sederhana dihantar ke kemudahan latihan korporat dan ruang yang disediakan oleh institusi awam, di mana mereka mendapat sokongan dan pemerhatian perubatan asas.
Artikel penuh di sini.
Menerusi video berdurasi 14 saat itu, bayi tersebut menunjukkan reaksi seperti nak termuntah sebaik saja dicium ayahnya beberapa saat di bahagian mulut.
Apa yang lebih melucukan apabila si ayah siap membebel kata "woi, adik kurang ajar ingat mulut ayah mulut neraka" dengan nada jenaka.
Ayahnya kemudian sekali cuba untuk mencium anaknya itu dan reaksinya tetap sama seperti mahu termuntah.
Susulan tularnya video tersebut yang kini mendapat lebih 3 juta tontonan di TikTok, rata-rata warganet terhibur dengan telatah spontan dan comel bayi itu.
Artikel penuh di sini.
Tidak dinafikan, YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sangat disenangi kerana sikap yang mudah didekati dan sering prihatin dengan masalah dihadapi oleh rakyat dan negara.
Sebagai contoh baru-baru ini, seakan memahami kepenatan dan kepayahan yang dilalui oleh para petugas barisan hadapan dalam menangani Covid-19, Raja Permaisuri Tunku Hajah Azizah mengharukan rakyat jelata apabila baginda menghadiahkan makanan kepada kakitangan Hospital Sungai Buloh.
Namun baru-baru ini, tular di Twitter tentang satu kenyataan berbaur penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong.
Artikel penuh di sini.
Terima kasih kepada anda semua yang sudi meluangkan masa untuk membaca di Seismik. Semoga anda terus menyokong terus menyokong kami pada tahun 2021 dan seterusnya :)